11:11 AM

Takbir Raya, Yang Syahdu dan Yang Lucu

Bismillah

29 Ramadhan

Selesai menghadiri jamuan berbuka puasa di Solah Petra, kami mengambil keputusan bersolat di Masjid Universiti Yarmuk, sambil menunggu waktu Isya'. Sudah terdengar ura-ura aidilfitri akan disambut tanpa lengkap 30 Ramadhan berpuasa..

Esok raya?

Taknak raya lagi….

Itulah yang terdetik di hati

"Rumah tak kemas lagi…"

"Nak masak ape?"

"Eh, kita mesyuarat la malam ni, meeting MPPM"

Alasan-alasan yang kedengaran dari mulut sendiri dan kawan-kawan

Selesai solat Isya', imam masjid melaungkan takbir raya.. Ya Allah… terkejutnya! Esok raya..?! Haa.. dah raya ke?!

Syahdunya..

Teringat ayah, ibu, keluarga..

Teringat juga Ramadhan yang ditinggalkan

Atau sebenarnya yang meningalkan aku tahun ini

Dapatkah aku keampunan Tuhan di bulan penuh rahmah dan barakah yang baru berlalu pergi…

Syahdunya….

Rindunya pada Ramadhan yang sudah pergi,

Nak jumpa lagi….

MasyaAllah!

Teringat pada janji ingin meminta tolong pihak ikhwah melaungkan gema takbir di rumah baru kami..

Rumah baru..

Baru 2 minggu..

Banyak lagi yang perlu dikemas dan disusun atur

Alhamdulillah sempat membeli langsir baru petangnya sebelum berbuka

Kelam kabut dibuatnya..

Sedang pihak ikhwah mengalunkan takbir raya ala Malaysia di masjid, kami cabut pulang ke rumah

Sempat ke ni??

Kesian Adik Tiqah yang kepenatan keluar tergesa-gesa ke kedai-kedai berhampiran membeli sedikit sebanyak barang keperluan. Sudah tentulah tidak banyak kedai yang dibuka ketika ini.. ke mana sajalah budak ni mencari-cari kedai yang masih mahu menerima pelanggan.

Dengan bekalan yang ada, kami cuba siapkan apa yang terdaya…

Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita mendengar gema takbir dilaungkan di rumah baru kami yang dahulunya bukan dihuni oleh orang Islam

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR

Hanya Dia yang layak dipuja, diagungkan, dan dibesarkan

Hanya Dia Yang Satu

LAILAHAILLALLAHU

WALLAHU AKBAR

Hanya Dia yang layak disembah, tiada selainNya

Hanya Dia Yang Satu

ALLAHU AKBAR

WALILLAHILHAMD

Segala pujian hanya layak bagiNya

Hanya Dia Yang Satu

Saya yakin, sebenar-benar yakin

Biarlah laungan kalimah tauhid bergema di rumah yang dahulunya bukan memuja Tuhan yang Hak, Allah Yang Satu!

Saya dan Adik Tiqah rasa bersyukur kerana hasrat kami dimakbulkan Allah..

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak ikhwah yang telah mejadi wasilah untuk menyempurakan hasrat dan harapan kami

Namun….

Dalam kesyahduan dan kesyukuran

Ada memori yang melucukan

Kenangan dan pengajaran

Saya tidak pernah menduga kanak-kanak 'lincah' dan 'riang' di kawasan kejiranan kami sanggup bertindak sedemikian rupa..

Nakal mereka banyak kali kami maafkan, kami biarkan

Biarlah… budak-budak

Kalau dimarah pun, diri sendiri yang penat, baik buat tak tahu sahaja

Tapi malam tadi memang melampau

Mengapa sehingga tetamu kami mereka kacau?

Selesai sahaja bertakbir dan menikmati juadah kami yang tidak seberapa, pihak ikhwah memohon izin untuk pulang

Alangkah terkejutnya mereka, apabila pintu dibuka, tiada sepasang kasut pun yang tinggal di muka pintu…

Hah? Kasut takde?

Betul ke?

Licin betul lantai kat luar tu…

Mana pulak hilangnya kasut-kasut ni…?

Adooooiii!!! Astaghfirullahal'azim

Tiada siapa yang bermain dalam minda saya kecuali budak-budak di kawasan kejiranan kami yang pelik-pelik perangainya..

Ya Allah.. mana nak cari ni?

Saya yakin ia tidak hilang

InsyaAllah tak hilang!

Mesti disembunyikan

Mesti!

Tapi di mana?

Kat bawah tangga tu gelap, tiada pula lampu suluh untuk mencari 6 pasang kasut yang ghaib tiba-tiba..

Tiba-tiba , kami ternampak seorang anak jiran yang agak baik dan mugkin boleh membantu..

"Adik, adik tau tak sape yang amik kasut-kasut diorang ni?"

Tapi dia bukanlah culprit yang sebenarnya..

Tak tahu…

Buntu..

Dalam hati, mana nak cari ni, takkan nak biar tetamu ni balik berkaki ayam..? Malam-malam raya? Selepas takbir raya?

Kesiannya mereka, sudahlah datang berjalan kaki dari jauh ke rumah kami 'hujung dunia' ini

Datang-datang pula, dilanda musibah yang tidak tersangka-sangka

"Janganlah diorang ni menyesal pulak datang umah aku malam ni," boleh pula hati saya terdetik begitu.

Tiba-tiba terdengar suara diselangi hilaian tawa mereka dari atas rumah..

Dah jumpa!!

Alhamdulillah

Budak-budak bijak anak-anak jiran tu dengan selambanya mencampakkan kasut-kasut mereka ke bawah rumah, bahagian paling gelap berhampiran pokok yang tumbuh di sebelah rumah..

Siapalah yang boleh perasan pada mulanya..?

Ya Allah… kesian

Terasa tebal muka, perasaan malu menyelubungi diri..

Malunyaaa!

Malu tak terkata!

Budak-budak ni pun, kalau nak kacau, kacau kami berdua sudah la…

Jangan la kacau orang lain..

Dengan perasaan penuh malu, saya dan Adik Tiqah memohon maaf…

Rasa bersalah pula

Tapi, Alhamdulillah, at least tidaklah mereka pulang berkaki ayam, di malam raya setelah takbir raya.. di rumah saya!

Masuk rekod PERMAI pula nanti – "Skuad takbir raya paling tabah"

Patutnya tadi pintu di ruang tamu tak perlu ditutup, bolehlah nampak siapa budak kecik yang buat 'kerja bijak' tu..

Dah la mereka datang ke rumah paling jauh,

Juadah pula tak seberapa,

Dimainkan budak kecil lagi..

Uhh.. dugaan betul bagi mereka yang memang nak buat baik ni

Mohon maaf sekali lagi

(Aiman Majdi, Muhtadiin, Firdaus, Farhan, Engku dan Tarmizi- Salah nama minta maaf)

Jazakumullahu khairul jazak

Taqabbalallahu minna wa minkum

Takbir raya Syawal 1429H

Yang syahdu dan yang lucu

Dalam kenangan Aidilfitri terakhirku di Jordan…..

(Tak sabar menanti Aidilfitri di Malaysia tahun depan.. moga dipanjangkan usia)

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua…

Moga diterima ibadah sebulan berpuasa

Mendapat rahmah, maghfirah dan barakah

Lailatul Qadar? Biarlah dalam rahsiaNya

Tahun depan bersama-sama kita buru kembali di mana Lailatul Qadar impian kita

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

Wallahua'lam

1:20 AM

Ramadhan yang penuh kerinduan...

Bismillah


Lama tak menjenguk blog sendiri
Sibuk. Ditambah urusan rumah baru dan connection internet yang masih belum diuruskan lagi
Atau malas barangkali, ditambah hati yang gersang, entah apa untuk dibebelkan dalam blog ini



Ramadhan kali ini

Tahun ini , masuk tahun kelima berpuasa di perantauan, alhamdulillah sempat berpuasa beberapa hari di Malaysia...

Entah kenapa kerinduan terlalu membuak-bual tahun ini...
Rindu pada ayah
Rindu pada ibu
Rindu pada kakak
Rindu pada abang yang tidak sempat aku ketemu cuti yang lepas, pulangnya dari Jepun membawa hadiah yang amat kuidamkan
Rindu pada adik-adik, Addin, Mira, dan kembar yang penuh dengan ceritanya- Syazali dan Khalili
Rindu juga pada kakak-kakak kesayangan, Kak Dee, Kak Aliaa, K Safiyah, Kak Dayah
Cemburu juga barangkali.....



Aku rindu suasana puasa di Malaysia
Aku rindu suasana raya di Malaysia
Rindu mencium dan memeluk mereka yang aku kasihi di pagi raya


Aku rindu atok
Aku rindu atok perempuan....
Aku betul-betul rindukan atok perempuan...
Aku rindu pelukan, ciuman dan kasih sayangnya


Ramadhan 2003- Rupanya ramadhan terakhir aku bersamanya
Bersahur dan berbuka ketika itu- Rupanya sahur dan buka ku yang terakhir bersamanya..
Entah masih teringat atau tidak, terbayang atau tidak suasana ketika itu
Aidilfitri 2003- Rupanya aidilfitri terakhir aku bersamanya
Entah aku ambil peluang secukupnya atau tidak untuk aku nikmati kasih sayangnya...



Tuhan bekerja dengan rahsiaNya
Mana mungkin aku tahu atok akan pergi dulu sebelum sempat aku nikmati aidilfitri sekali lagi bersamanya
Atok sangat bersemangat untuk terus hidup, ingin melihat aku berjaya menjadi doktor dan merawatnya kelak
Bahkan ketika aku suarakan hasrat dan impian sekiranya ada rezeki ingin aku pohon posting di Hospital Daerah Muar setelah bergelar doktor nanti, atok tersenyum gembira..
Aku yakin senyum itu ikhlas dari hatinya
Senyum ria tanda cucunya sayang dan kasih, ingin melihat dirinya sehingga ke hujung nyawa...



Tapi Allah ada rahsianya
Setinggi manapun sayangku pada atok, Allah lebih mengasihinya..
Tidak terdetik mahu menyalahkan takdir, aku redha..
Semoga atok berjaya meninggalkan ilmu yang bermanfaat, sedekah yang berpanjangan serta zuriat, anak-anak dan cucu-cucu yang soleh solehah yang akan mendoakan atok di alam barzakh
Aku teringin berjumpa lagi dengan atok, dengan orang-orang yang aku sayang di dunia ini, sekali lagi dan selama-lamanya di akhirat nanti..
Mampukah.......


Tapi selepas atok pergi April lalu, tiada sempat lagi kulawati pusara nenda kesayanganku ini...
Walaupun hampir sebulan cuti yang diberi..
Entah kenapa..



Hari ini 29 Ramadhan..
Aahh... sudah ke penghujungnya
Aku rindu Ramadhan
Aku rindu Ramadhan lagi
Terasa masih belum puas menikmatimu..
Terasa belum sempurna Ramadhanku..
Terasa Ramadhanku belum lagi seperti Rasulullah, sahabat-sahabat dan mereka yang Engkau Kasihi,
Terasa masih banyak lagi lompong-lompong kelemahan yang perlu aku tampal,
Masih belum sempat ku sempurnakan semuanya...
Mereka dan aku,
Bagai langit dan bumi,
Bisakah aku merasai nikmat sebenar sebelum mata tertutup rapat.......
Takbir mereka, takbir kemenangan,
Takbir aku... lesu dalam kesedihan
Penuh harapan ini bukan Ramadhan terakhir yang aku lalui dalam hidup ini...


Dalam hati,
Tuhan , tolonglah...
Jangan jadikan Ramadhan ini Ramadhan terakhir untukku
Tolonglah, Ya Allah...

Bolehkah aku memohon begitu, sedangkan ku tahu , Tuhan bekerja dengan rahsiaNya..........


Luahan sekeping hati,
Ramadhan yang penuh dengan kerinduan...



Wallahua'lam

6:47 PM

Pengalaman mendewasakan kita

Assalamualaikum wbt...

Lama rasanya saya meninggalkan blog ni tanpa sebarang utusan. Kali terakhir adalah pada kira-kira 3 bulan yang lalu. Fuh, lamanya. Cik moderator pun dah bising haritu...minta maaf ye cik, klu ada payment bolehla konsisten :p




Apa khabar semua rakan2? Baik yang telah ditinggalkan di bumi Jordan, yang baru bertemu semula di bumi Malaysia atau yang sentiasa bersama saya, kalian tetap di hati. Pejam celik, sudah dua bulan saya menetap di kampung halaman. Satu tempoh yang agak lama berbanding cuti2 sebelum ini. Cuti kali ini sudah tentunya berbeza dengan cuti2 lepas, kali ini saya sudah tidak perlu menyediakan keperluan untuk di bawa balik ke Jordan, tidak perlu bersusah payah ke KLIA untuk terbang balik ke negara perantauan...tetapi cuti kali ini adalah fatrah untuk saya menebus balik hutang2 saya dengan keluarga yang tidak tertunai sebelum ini. Fatrah untuk cuba tidak menyusahkan mereka lagi walaupun dari segi kewangan tetap menyusahkan (duit claim xdapat lg!).
Saya memang merindukan saat ini, disamping fatrah untuk bertemu dengan kenalan2 lama yang sudah lama terpisah, menghubungkan kembali jambatan silaturrahim yang telah terbina sejak dahulukala.

Pengalaman menjadi seorang pemegang ijazah telah merubah persepsi saya terhadap kehidupan. Banyak perkara yang datang dan banyak yang perlu dipelajari. Banyak yang difikirkan dan banyak juga yang perlu ditangani dengan sendiri. Rasanya seperti bebas berterbangan di udara tetapi terlalu banyak ujian2 udara yang perlu dihadapi, hujan, petir, angin kuat, panas dan seumpamanya.

Menjadi seorang kawan kepada ibu bapa menjadikan saya lebih beringat dan faham tentang kehidupan. Cerita, celoteh, nasihat, kritikan, teguran setiap hari menjadi matapelajaran yang paling berguna. Pabila kedua ibu bapa telah meletakkan kepercayaan kepada kita, percayalah wahai anak bahawa kamu sudah besar dan perlu berdikari.

"Esok pegi Putrajaya hantar nenek sekali kat Klang ye. Masuk highway kat Jalan Kebun tu pastu amik highway ni, masuk tu etc. Ikut je signboard. Bapak tunggu kat sana nanti"

Bagai itik melepaskan anaknya, memberi kepercayaan penuh, walaupun baru first time keluar sendiri sejauh ini.

"Boleh x?"

"Boleh kot. Lia cuba"

Alhamdulillah dengan keberanian yang ada, saya gagahkan jua walau pada awalnya khuatir tetap ada. Bukan ape, takut sesat je. Bila halangan berjaya dilepasi, maka bertambah kepercayan mereka dan kepercayaan kita terhadap diri sendiri juga bertambah. Pengalaman sesat memang banyak, (betul x Tiqah?), tapi dengan sesatlah kita belajar pengalaman baru. Itu satu contoh.


Seronok berkonvoi


Contoh lain adalah pabila mak mentaklifkan urusan rumah kepada saya. Yang pasti dia nak semuanya setel. Rumah, makan, pakai, pasar, bil, bank, kereta, hantar/amik adik. Wah, ni lebih dari bibik ni ^^ nampak macam banyak je tapi sebenarnya xdelah susah keje2 ni. Mula2 xbiasa, lama2 biasalah.

Matapelajaran kehidupan ini sungguh bermakna buat saya dan saya amat menghargainya. Tidak memerlukan silibus dan sentiasa berubah mengikut keadaan. Yang penting kita kena pandai adaptasi, jangan stereotaip. Pengalaman harini takkan sama dengan hari2 lain.


terima kasih buat pakcik yang bukak pin tu masjid :p


sawah padi dan anak2 yang menghayati kemerdekaan


p/s Buat Faezza, Hetty, Qilah, Dayah dan Hajar yang sempat bertanang ke rumah. Thanks, akhirnya sampai jugak ke Tg Karang. Ada rezeki datanglah lagi.

"Pengalaman mendewasakan kita"