Assalamualaikum
Masjid Fayha2 (atau Jami3=Masjid mengikut panggilan masyarakat Arab) letaknya betul-betul depan perhentian bas JUST. Masjid yang saya kira paling cantik di Irbid ini kemas dan punya seni ukiran tersendiri berbanding masjid-masjid lain yang pernah saya jejaki. Ruang solat untuk wanita terletak di tingkat dua, lengkap dengan tandas dan tempat wudhu'. Ketika musim sejuk begini, ada satu sobah (pemanas yang menggunkan tong gas) disediakan untuk kemudahan para jemaah. Kemudahan pendingin udara juga disediakan khususnya ketika bersolat terawikh. Baru sahaja dipasang kalau tak silap pada Ramadhan yang lalu. Pendek kata, cukup serba serbi untuk tempat solat sebegini.
Kira-kira 2 minggu yang lalu, usai solat Asar, seorang makcik yang saya kira baru sahaja sampai datang dan mengajak saya untuk turut serta dalam halaqah tazkirah mingguannya. Memandangkan saya tidak punya apa-apa perancangan melainkan untuk terus pulang ke rumah, saya anggukkan sahaja, moga-moga ada perkara baru yang saya boleh belajar hari ini.
Topik yang bicarakan pada hari itu adalah doa. Topik yang saya kira cukup ringkas tetapi punya pengertian yang mendalam lebih-lebih lagi ketika itu peperangan di Gaza masih belum menunjukkan tanda-tanda akan tamat. Ada dua lagi makcik-makcik dalam lingkungan umur 20-40 tahun yang turut serta. Di awal diskusi, makcik yang dipanggil Ummu Adham itu (kalau tak silap saya) menyatakan bahawa untuk berhubungan dengan Allah sebenarnya amat mudah. Angkat sahaja tangan dan berdoalah. Hubungan secara langsung. Mintalah apa sahaja dan tak perlu kepada orang tengah untuk kita sampaikan hajat.
Namun, perlu juga kita ingat, dalam berdoa, jangan dilupa - peliharalah diri kita dari buat perkara-perkara yang dibenci Allah seperti memakan benda yang haram, tidak berusaha menjaga diri dari perbuatan dosa dan maksiat dsb. Seringkali kita dengar orang (atau kita sendiri juga) merungut atau berkata, dah banyak kali doa tapi tak termakbul-makbul. Bila hal ini berlaku, koreksilah diri semula, adakah kita bersungguh-sungguh menjauhkan diri dari perkara yang Allah tegah sepertimana bersungguh-sungguhnya kita dalam meminta.
Unsur lain yang paling penting yang perlu ada ialah yakin. Yakin bahawa permintaan itu akan dimakbulkan oleh Allah> Yakin bahawa Allah itu maha mendengar dan maha menunaikan.
"Macamana nak yakin?" Soal kakak yang saya kira berumur dalam lingkungan awal 30-an.
"Kalau kita 99% yakin, 1% sahaja terbolak-balik sikit hati, kira kita yakin tak?" soalnya lagi
Emm, betul-betul.Kadangkala tu ada juga terdetik kat hati macam tu. Yakin-yakin, tapi terfikir juga kadang-kadang tu, Allah kabulkan tak doa.
Ummu Adham pun menjawab,"Itu kira tak yakin lagi lah tu. Ada lagi 1 peratus, macamana Allah nak kabulkan doa"
Adus, susahnya.. detik hati saya.
Ummu Adham tambah lagi, "Yakin itu kerja iman. Iman seseorang itulah kayu ukur tahap keyakinan seseorang terhadap sesuatu dan dalam kes ini dalam yakin akan makbulnya doa"
Kalam sahih jiddan!
Psychology dalam Islam memasukkan unsur rohani sebagai pelengkap disamping unsur tubuh dan minda. Kebiasaanya, kira seringkali mengucapkan kepada diri perkara yang ingin diyakini itu berulang-ulangkali agar tersemat kukuh di minda dan tenang di hati. Contoh yang paling mudah bagi seorang pelajar yang akan mengambil peperiksaan, pasti kalimah sakti seperti, "Aku boleh", "Aku pelajar cemerlang, terbilang" dan lain-lain pasti keluar dari mulut mahupun tertampal kemas di dinding. Bilamana datang sahaja keraguan, akan kita sebutkan berulang-ulang kali kembali bahawa kita memang boleh. Semuanya usaha untuk kita datangkan keyakinan di minda dan kemudian di jiwa. Dan cara ini memang betul. Digunakan sesiapa sahaja hatta seantero dunia. Yang di'serang' adalah minda. Cara kita berfikir.
Tetapi cara yang satu ini - melahirkan keyakinan terus dari jiwa membuatkan saya terdiam. Yang diserang adalah iman, bukan minda.
Teringat kata-kata Ustaz Razi, kelajuan alunan zikir dari lidah pasti tidak akan mampu menandingi kelajuan zikir yang datang dari hati. Inilah nikmat yang paling tinggi - hati yang sentiasa berzikir walaupun lidah kaku dan mulut terkunci. Yang membezakan antara keduanya adalah iman. Iman orang yang mampu hatinya berzikir setiap saat dalam hidupnya, adalah iman insan yang tinggi martabatnya di sisi Allah. Dalam satu bahagian hadith riwayat Bukhari & Muslim berkenaan Qiamullail, Rasulullah s.a.w berkata kepada Aisyah,
" Hai Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi hatiku tidak tidur! "
Tarbiyah Imaniyah adalah kata kuncinya. Kuatkan iman, insyaAllah tahap yakin akan menuruti. Banyakkan istighfar dan zikir, banyakkan berdoa (macam cycle pula - nak doa kena yakin, nak yakin kena kuatkan iman, nak kuatkan iman kena doa ^_^), banyakkan amal perbuatan sebab kita tak tahu amal mana yang Allah terima atas ikhlasnya niat kita dan betulnya amalannya. Mudah-mudahan segala usaha ini Allah pandang dan diberi peluang untuk mendapat 'perasaan-perasaan' yang diidamkan.
Wallahu'a3lam
5 silent voices:
Dan di masjid ini jugela harta2 sahabat saya kene curi... sob3..
tempat yang baik belum tentu orang2nye baik...
sila study, jangan bukak blog lagi fahimti?
nampaknya ratu naga telah mendapat tazkirah padat yang mengguris hati..Moga terus istiqomah^_^.baru terdgr 1 ceramah pg td..ada ustz tu bgth untuk kunci segala amalan kita adalah percaya pada alam ghaib..i'tiqad yang kuat terhadap apa yang kita takbleh nampak..jdnya kalau kita tak beristiqomah dgn amalan yang baik..maka tanda keimanan pada alam ghaib belum cukop mantop..hmmm moga sekalian geng2 naga mendapat pencerahan daripada tazkirah oleh ratu naga..ehe..jgn mare, hangus kang semua org kene semburan api:P tata salam
Eh raja naga la yang bagi tazkirah ni. Bukan ratu naga @ nona naga. (sebab itu nampak power lebih) :p .nampaknya naga sood belum benar2 mengenali ahli2 MMN (Majlis Mesyuarat Naga).. aishh merepek pula.
naga tengah lapar, tak baik halang orang nak baca blog dan cari ilmu ni. fahimti?
Jangan putus asa untuk berdoa itulah kunci. Allah suka dengar doa hambanya. Doa PLUS Yakin PLUS Tawakal = Berjaya!
naga so'od : hoho bagus2, banyak sungguh lubuk-lubuk ilmu tempat perkumpulan naga-naga rupanya. (tapi kamu ni naga spesies mana? Tak pernah ku dengar so'od itu naga :P)
nona_naga : Ha tau takpe, memang RAJA pun, sudah ketepi! dah hangus sebab kelaparan yang amat ni.
Post a Comment