Alhamdulillah, selesai satu lagi paper untuk final ni. (11 tolak 3) subjek yang perlu diselesaikan. Masa baca baca material anatomy untuk exam semalam-semalam, tetiba terpk satu analogi tentang air mata.
Sila baca dalam nada macam cerita mesin suara kat Petrosains ,
“Tahukah anda bahawa air mata manusia mempunyai 3 lapisan kesemuanya? “
Mesti lepas kurang 10 saat mesin tu jawab balik,
“Benar, air mata mempunyai 3 lapisan kesemuanya iaitu, satu : lapisan mucin yang dirembeskan oleh sel-sel goblet, dua, lapisan aqueous yang dirembeskan oleh pundi lacrimal dan yang terakhir lapisan minyak yang dirembeskan oleh pundi melbomian. Selamat belajar, jumpa lagi!”
Hebat kan? Rupa-rupanya yang kita nanges-nanges tu banyak benda kita habiskan, air, minyak. Ngehe. Nak tahu lagi, hebatnya Allah air mata kita ni bukan sahaja gunanya untuk bersihkan habuk-habuk yang masuk mata, bukan sahaja teman di kala tisu dan bantal jadi mangsa, tapi paling mengagumkan, lapisan air mata kita sebenarnya ada banyak sel-sel immunity badan seperti lysozyme, lactoferrin, IgA. Subhanallah. Agaknya sebab banyak sangat sebenarnya kandungan air mata ni, tu la orang selalu kata,
“Tak payah menangis lama-lama, membazir air mata!”
Ataupun ingat tak kita dengan Hikayat Puteri Gunung Ledang yang meminta 7 tempayan air mata anak dara? Kenapa air mata yang dikisahkan? Tingginya nilai air mata.
Berbalik kepada tajuk entry ni, air mata salah satu fungsinya untuk ketahanan badan. Bila kita sedih, selalunya kita akan menangis dan selalunya kita akan rasa relief lepas tu. Fikiran kita kembali waras, tenang dan lebih mampu utuk berfikir dengan lebih sempurna. Mungkin kita boleh andaikan sel-sel immunity dari air mata itu bantu lawan kesedihan? Huhu boleh terima ke ni? Alam nyata lawan alam rohani. Layan je lah.
Ok, tapi kalau kita asyik sangat nangis, macam sikit-sikit nangis, orang kata kememe. Kalau orang negeri ada yang kata cebik. Ala-ala budak kecik, asyik nangis aje. Tak kuat, lembik. Analoginya mungkin sebab kita telah membazirkan banyak sel immuniti dalam air mata tu secara berlebihan dan unnecessary. Tu la agaknya kita tak kuat emotionally, physically dan mentally. Hmm.. amacam?
Ok, macamana pula dengan orang yang banyak menangis dalam sujud dan doanya. Adakah mereka itu kememe?
Dal hal ini, (cara cakap ala-ala ustaz dalam Forum Perdana Ehwal Islam) saya mengandaikan bahawa, apabila seseorang itu menangis depan Tuhan, tangisannya tangisan insaf dan kehambaan. Rasa kerdil depan Tuhan yang menciptakan. Tangisannya tidak sia-sia sebab nangis depan Pencipta. Lagi banyak nangis, lagi banyak Allah ganti. Tu sebab agaknya orang yang selalu mengadu masalah depan Allah kuat kan. Air mata dapat direct dari si pembuat sumber.
Kalau ada orang kata, “Menangis-menangis ni tak macho lah.” Terutamanya kaum adam, saya kira jawapannya?
Antara ia dan tidak.
5 silent voices:
owh lelaki tidak menangis di luaran. hanya dalaman sahaja. kerana apa tidak nangis di luaran?
kerana yang luaran itu supaya orang lain tidak risau tentang dirinya. dia membiarkan dirinya sahaja bersendirian.
ketahuilah bahawa tangisan di dalam itu lebih perit daripada di luar.
Tahukah anda, kalau kita menangis, kenapa air mata keluar sebagai lelehan yang cantik je, bukan curahan yang melimpah dari 2 hujung mata?
Walaupun menangis, Allah tetap jadikan kita secantik-cantik kejadian.
Sebabnya air mata mempunyai lapisan hydrophobic yang menyebabkan molekul2 air tersebut terkumpul bersama dengan kemas, bukannya melimpah tak tentu hala. Maka apabila kita menangis, air mata akan meleleh dengan cantiknya.
Subhanallah...
>> karipap sedap :betul tu.lg dalam, org kata lg halus perasaannya.ek? :) bak kata orang, berkorban untuk orang lain
>> fez : thanks for adding up the info. He's so beautiful, isn't He?
bercinta dgn Tuhan itu cool~
kita tk nmpak dia,dia nmpak kita..
bercinta dgn manusia itu cool atau cold??haha
kerana kdg2 kita terpacak mcm tiang tnpa bersuara dan tak tahu apa kita fikir..(berkata atas dasar pengalaman selama hmpir 23 tahun melihat drama..haha)
harapnya di masa depan,kita mudah menangis kerana Tuhan..
p/s:menangis tu leh jadi weapon utk selamatkan keadaan..eksploitasi tangisan sgt berkesan utk perempuan..hahaha..
>> kilah : hehe, rahsia mengexploitasi sejak zaman berzaman, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas! yang susahnya kadang tu, tak tahu manusia mana satu betul, mana satu salah. yang pasti, bila start je airmata tu mengalir, terus hati gelabah, kesian isk2.
Thank God, i've never met one (except for children lah)
Post a Comment