Lebih kurang sebulan saja lagi, 'Super-senior' (gelaran yang kami gelarkan pada senior tahun 6) akan pulang ke Malaysia. Kata orang..’back for good’. Terasa seperti baru semalam kami ditinggalkan oleh Kak Alia, Kak Dayah dan Kak Safiyah (senior MEP2). Kenangan bersama mereka masih terasa sehingga kini.
Apabila mereka telah pulang ke tanah air, maka siapakah yang akan mengisi kerusi super-senior itu pula? Tentulah batch kami pula, kini sedang berjuang menghabiskan sisa tahun 5 dan bakal melangkah ke tahun 6 pada akhir Jun nanti. Biiznillah...
Melihatkan junior-junior yang berbondong-bondong datang ke bumi Jordan ini, kadang-kadang rasa meriah, ”Wah, makin ramai pula masyarakat Melayu di sini.”.

Tidaklah terasa kesunyian jauh dari keluarga apabila tiba hari raya, apabila ramai pulang ke Malaysia dan sebagainya. Namun adakalanya, sesekali pernah terfikir, makin ramai yang datang, makin susah nak mengawal. Bukanlah kawalan sebagai ibu bapa secara mutlak. Namun mungkin lebih kepada kawalan seorang kakak atau abang terhadap adik-adiknya.
Dahulu semasa mula-mula kami (Batch MEP4) datang ke Jordan, bilangan kami hanyalah seramai 20 lebih saja. Mungkin tidak sukar senior mengawal kami. Yang paling kami ingat, liqa’ awal yang dibuat oleh beberapa senior syabab (Batch Kak Dayah) yang menerangkan tentang cara hidup di sini, pergaulan, pakaian dan sebagainya. Sebagai junior tahun 1 yang sangat mentah ketika itu, kami sangat menghormati nasihat mereka. Sehingga kami mempersoalkan, adakah ada antara kami yang telah melakukan perbuatan-perbuatan salah seperti yang telah disebutkan oleh senior??
Biah pelajar Melayu di bumi Irbid ketika itu tidak ubah seperti suasana di KISAS -Suasana suatu ketika dahulu yang pernah saya lalui, saya tensi dengannya, walaubagaimanapun yang saya rindui kini. Senior dan junior bertegur sapa mesra, bersalam dan bertanya khabar. Tiada pernah kelihatan lelaki dan perempuan berjalan bersama bersaja-saja, pakaian ke jamiah semuanya kemas dan menutup aurat (dalam erti kata lain – berbaju dan berseluar yang longgar, berjubah, berbaju kurung atau berblaus labuh ke peha.)
Kadang-kadang saya rasa, kami begitu terdidik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh senior ketika itu untuk seterusnya kami sendiri kuat untuk mengaplikasikannya. (Bukan niat nak mengangkat batch sendiri. Namun this is the truth berdasarkan pengalaman.)
Realiti Irbid hari ini, kita lihat bermacam-macam kerenah manusia (pelajar melayu) kerana bilangan pelajar untuk satu batch bukan lagi 10-20 orang, malah mencecah 3 angka. Dengan bertambahnya bilangan, bukan setakat bajet untuk program juga bertambah, malahan kemeriahan, kehebatan di KARISMA dan ’masalah’ juga bertambah..
Kini sudah terdengar, masalah ’ikhtilat yang salah’ kini semakin berleluasa. Berjalan lelaki dan perempuan berbual bersama jadi biasa. Ala-ala macam di universiti di Malaysia kan? Pakaian pun sudah pelbagai. Saya memang tidak rigid apabila berbicara tentang pakaian. Malah saya hampir bertegang leher dengan rakan lelaki arab yang menyalahkan rakan-rakan kami yang memakai seluar! Kata mereka, wanita yang sememangnya berjubah atau berbaju kurung – aib jika tiba-tiba mereka memakai seluar. Dan jawab saya, it doesn’t matter kalau awak nak pakai seluar pun. The rule is - aurat tetap aurat, as long as you cover the aurat - Longgarkan bahagian yang sepatutnya longgar, tutup semua yang sepatutnya, jari kaki dan lengan. Settle. Susah?? Siapa kata susah??
Susah ke adik-adikku, nak pakai stokin? Susah ke nak cari baju yang longgar dan labuh sedikit sehingga tidak kelihatan bentuk badan? (T_T)
Hati saya merintih lagi.. Mungkin inilah silap kami kerana menjadi senior yang terlalu sibuk dengan pelajaran kami,terlalu sibuk dengan aktiviti lain kami, sehingga kami rasa lemah dan tidak berdaya mempertahankan biah solehah yang pernah kami kecapi semasa menjadi junior dahulu.
Saya berfikir lagi, adakah mahu terus dibiarkan biah di Irbid yang dahulunya saya kira sangat solehah, bakal menjadi biah yang tidak ada bezanya dengan biah sosial universiti di Malaysia, atau di UK?
Jangan nak tunggu jadi senior baru nak berubah, kerana apabila dah jadi senior, adik-adik sendiri akan rasa seolah ada ’ego’ sendiri yang sukar untuk menerima pandangan orang. Saya sendiri akui, kalau diikutkan nafsu jahat, memang boleh saja kita mengenepikan pandangan orang lain, dan terus 'perasan' yang diri sendiri lebih bagus. Tetapi, apabila berfikir menggunakan otak yang rasional dan dipimpin dengan hidayah dari Allah, barulah kita boleh menenangkan diri, menerima teguran dan nasihat walaupun dari junior. Manusia – tiada yang sempurna. Ingat!
Ambillah yang difikirkan baik dari coretan hati saya ini. Saya harapkan idea dan coretan ini, bukanlah datang dari nafsu amarah dan sedih saya semata, bukan juga coretan untuk menampakkan salah junior saja. Sebaliknya semoga ia ilham dari Allah beserta cita-cita kami yang ingin melihat biah solehah kembali subur di bumi Irbid ini sebelum kami pula pulang tahun hadapan dan teraplikasi untuk semua - senior dan junior. (Irbid bukan bumi waqafan :p)

Kawan-kawan sebatch,
Mungkin kita kena kerja lebih kuat tahun hadapan. Bukan setakat belajar kerana berada di tahun akhir, namun kerja dakwah fardiah kita. Dakwah untuk mengembalikan keizzahan hidup dengan peraturan Allah.
Umat Islam yang kuat adalah mereka yang berpegang erat pada ajaran Allah. Jika perkara yang mudah terasa sukar untuk kita laksanakan, lama manakah masa yang diperlukan untuk kita bersedia untuk memegang khilafah???

2 silent voices:
ouh, insapnya..
terasa diri tak dipaksa dengan cukup kuat utk kenal juniorita. Silapnya..
tegur sana tegur sini bukan perkara utama yang nak diketengahkan. Tapi usaha menmpakkan cantiknya Islam sehingga menimbulkan kuasa MAHU dalam diri yang dihajatkan. Saya sendiri masih bertatih untuk kenal Tuhan (aduih, dah 23 tahun pun masih bertatih??) Merasai hidup ber'perasaan' dgn Tuhan sy merasakan sukar. Terkadang malu sendiri, bila lancar lidah tutur itu ini, tp kdg2 byk y tidak terbuatkan. aduh...
Kena usaha lagi ber'istikhlaq'
Saya pun selalu jeles tengok (?) biah solehah dalam kalangan akak2 yg comel (?) nih..rasa lain, rasa tenang, rasa damai. Rapat juga dengan kawan2 sebatch, tapi rapat itu hanya 'luaran', bukan ikatan hati. Bila ada apa2 tetap duk diam2 sorang2 (eg : masalah), tetap tak share dgn kawan rapat tadi. Sebab apa? ntah, sebab tautan hati tu takda :'(
Sungguh, jeles dgn batch akak2, marah2 mereka, marah sayang. Gaduh2 mereka, gaduh mengeratkan hati & kasih. Sukar mencarinya dalam batch sendiri (mengata,kah?). Tapi ini kebenaran. Tak guna sembunyikan sedangkan orang asing (?) pun boleh menilai,kan?
Pendapat saya, kebersamaan dalam kalangan batch sy (yg sy tahu, batch lain sy tak tahu)disebabkan faktor hedonisme yg tinggi. Dengan kata lain, kerapatan (?) mereka juga atas unsur2 hiburan & duniawi. Lantas, sesiapa yg xtermasuk dlm golongan tersebut, nampaklah seperti kera sumbang & sumbing :).
Hmm... apa penyelesaiannya? :(
Post a Comment