KAWAN
Ini pengenalan pertama. Giliran teardrop pula berceloteh kali ni.Minta maaf kalau kurang menarik..hee (saya baru lagi,harap dapat beri tunjuk ajar ye)
Sudah lama ishikawa bertanya, ‘bila mau post entry..hehe.sori ye lambat’
Tergerak untuk menaip, sebaik pulang dari program kelmarin.(tapi baru hari ni nak post..haih) Seronok dan puas.
Perkongsian junior dan senior, yang saya rasa gembira kami satu batch dapat kumpul sekali bincang tentang elemen-elemen penting dalam hidup ni. Soal iman dan akademik semuanya berkaitan. Berakhir dengan doa rabithah, terasa hati senang kerana hidup ‘berkeluarga ‘ bersama kawan-kawan.
Ibu, ayah, abang, adik-beradik,atuk nenek (ooh, rindunya nak balik malaysia *homesick*)
Seringkali, mengapa mengenang yang jauh kalau yang di sisi tak dihargai?isk2 *inilah manusia, selalu tak menghargai apa yang ada di sekelilingnya.
Oh kawan-kawan..(mereka lah keluarga ku di sini)
Pergi jami3ah dengan kawan, duduk dalam bas dengan kawan, study kat library dengan kawan, pergi balad ajak kawan teman, bila boring2 pun pergi rumah kawan. Even nak buat program, nak cari ajk pun kita cari kawan yang senang bekerja.
Duduk jauh di bumi orang yang berada di sisi adalah kawan-kawan.Paling dekat, kawan-kawan se-batch.Sebab tu bila buat program batch saya lebih semangat nak pergi@menguruskan berbanding program-program umum. Sebab saya tahu, kawan se-batch senang nak minta tolong, ajak datang program batch pun tak payah nak kena paksa sangat pun. (semangat batch bukan semangat assobiyah ye) Di sekolah menengah dulu, saya rasa kawan banyak membantu untuk ‘boost’ semangat study.Sebab tu kena kawan dengan semua orang.Jangan hidup berkelompok. Berkawan secara keseluruhan. Dan luaskan pengaruh yang baik dalam batch terutamanya. (ini pesanan daripada senior*thanks*).
Di sini, saya tiada kawan baik, tapi ada sahabat. Owh, pentingkah sahabat?
Saya jawab, ya (of course)
Kawan baik dengan sahabat ni nampak sama tapi ada bezanya. Kawan baik, saya rasa cukup lah seorang, tapi sahabat lebih daripada bilangan jari tangan dan kaki pun tak mengapa.
Saya tergerak untuk bercerita tentang seorang sahabat ini. Tak perlu tahu siapa namanya, tapi cukuplah saya belajar untuk menjadi seorang sahabat&kawan seperti dia.
SAHABAT
Sahabat yang bila saya lihat dirinya menyejukkan pandangan, mengingatkan diri pada Tuhan. Selalu beri peringatan dengan bicaranya yang telus dan memberi kesan. Sahabat ini lain.
Saya tahu bezakan orang yang menegur sebab sayang atau menegur sebab ‘menyampah@tak suka’?. Sahabat ini, ringan menghulur bantuan, tak jemu memberi pandangan, bila marah pun saya tak terasa hati sebab saya tahu sebab dia marah kerana sayang. Dia mahukan yang terbaik untuk sahabatnya.
Sahabat ini saya kenal rapat di sini.Bukan di INTEC sewaktu kursus persediaan dulu,bukan di sekolah lama tapi di bumi Irbed.Bumi yang saya jejak untuk mencari ‘mutiara ilmu dan hikmah’. Menyubur harapan keluarga dan ummah. Mencari hakikat diri supaya tidak lemah.Mula-mula datang sini dulu, saya agak ‘blurr’.Saya paling takut saya ‘lost’. Sebab di negara orang, masing-masing kena pandai bawa diri. Hidup berdikari,jauh dari keluarga tiada ‘kawalan’ warden asrama.Tak mustahil untuk hilang fokus dan arah. Dah tahu spesifik kos pengajian apa, bakal tinggal di mana, tapi tiada ‘penunjuk jalan’ yang khusus untuk sama-sama mencapai cita-cita. Hanya di dalam hati berbisik, moga diberi kemudahan dan dikurniakan sahabat yang boleh beriringan mencari arah tujuan.
Penjelasan terperinci tiada, tapi saya tahu saya sayang dia. Bila masuk lecture hall, terus mata mencari kelibat dirinya *nak duduk sebelah dia sebenarnya*. Bila result exam tak berapa ok, saya cari dia. Duduk di sebelahnya, ingin mendengar kata ‘azimat’ pengubat jiwa.
Dulu di INTEC sebelum fly, saya tak pernah kenal sangat dia. Walaupun sekelas! Saya duduk di hujung pintu, dia duduk di hujung tingkap. Saya kejap-kejap keluar masuk kelas ke pejabat koordinator MEP,dia tekun di tempatnya. ( Saya tak tahu exactly dia buat apa, tapi saya tahu dia sedang melakukan sesuatu dengan tekun)
Di sini, kami dipertemukan. Alhamdulillah.
Allah satukan hati kami dengan Al-Quran.
Di kelas al-Quran, saya ‘sejuk’ mendengar alunan suaranya menitip kalam Tuhan.
Benarlah al-Quran itu terlalu agung dan tiada tandingan,kami berkawan dan bersahabat tanpa syarat hanya dengan bertemu pada satu persamaan.
Pagi itu, saya dapat mesej,
“Salam..jemput datang ke program Gema Wahyu jam 8am..jom mulakan hari dengan kalam Ilahi.”
Terima kasih atas ingatan ini sahabat.
Banyak perkongsian hati dan peribadi menjadi perbualan. Saya malas study&hafal quran, saya cari dia lagi. Bila uruskan program pun, saya mesti cari dia bertanyakan idea dan kritikan.
Latest, program batch. Hanya diberi tarikh untuk dilaksanakan daripada pihak berwajib,saya agak buntu. Saya kah kena ‘conduct’? atau kata lain nya menjadi pengarah program (yang tak bertauliah)? Waktu-waktu kritikal menghampiri final exam ramai yang ke’busy’an untuk study. Saya tahu saya akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mencari ‘kaki dan tangan’ sebagai ajk pelaksana. Saya tak nak susahkan orang, jadi saya pilih beberapa orang sahabat yang difikirkan dapat meringankan beban, alhamdulillah dipermudahkan.
Saya tak tahu mengapa, selama seminggu menguruskan teknikal program batch ni, saya tidur tak lena.Tidur pukul 1 pagi bangun 3 pagi. Risau sangatkah?(adakah ini sindrom risau yang melampau?).Kalah orang nak final exam..huhu. Selagi tak ‘settle’ selagi tu saya akan fikir..adoi.. Mungkin, sebab misi melaksanakan amanah batch belum dapat disempurnakan. Misi ‘menyampaikan’ takkan pernah selesai. Agak takut dan kalut sebab menguruskan program satu batch yang bilangannya bukan sedikit. Tapi alhamdulillah, agihan kerja berjalan dengan baik, tak perlukan bilangan ajk pelaksana yang ramai, hanya ‘jiwa-jiwa’ yang ikhlas membantu sudah cukup memastikan segalanya berjalan smoothly. Terima kasih kalian!
DIA KAWAN, DIA SAHABAT
Cadangan untuk adakan tayangan terlintas di saat-saat akhir. Sehari sebelum program! (mana nak cari orang ni..) Saya boleh buat, tapi saya perlu orang bantu sama. Bahan saya ada, tapi nak ada kawan juga.. (patut la dulu abang saya kata, perempuan ni kalau nak pergi tandas pun nak ada kawan..err) Saya tahu nak cari siapa. Dia. Sahabat yang sentiasa ada ruang untuk sahabatnya.
Kami berdua, bersama-sama buat tayangan itu. Habis sahaja ‘group discussion’ pagi itu, misi kami bermula hinggalah ke petang asar. Alhamdulillah, tersenyum puas kami berdua selepas selesai ditayangkan video itu di hari program.
Wah, leganya dapat selesaikan program batch. Waktu kemas-kemas LCD dan laptop, sahabat saya ni turut serta membantu. Satu pandangan, kami tersenyum lagi. Nampak wajahnya berseri-seri kerana dapat melaksanakan ‘misi’ menyampaikan kepada keluarga batch sendiri.
“Aku tak ke mana-mana cuti ni..sedia berkhidmat untuk masyarakat, jom kita fikirkan untuk misi seterusnya!”
Wah, semangatnya dia. Saya perlu belajar untuk sustain semangat macam tu!
saya sangat ingat sahabat saya ni pesan,
“sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain”
Peringatan buat diri sendiri--> saya kena lebih berusaha selepas ini, Ya Allah permudahkan laluan hidup ini menuju redhaMu..ameen
Doa buat 'dia' juga..
P/S: salam imtehan buat akak-akak semua, doa untuk kalian moga dipermudahkan dan diberi najah. InsyaAllah doktor bagi soalan-soalan yang senang dijawab..(hehe) Saya pun ‘seram’juga nak exam nie.Doakan moga segalanya kher.All da best to all!
Walk in Titiwangsa.
14 hours ago
4 silent voices:
salam cik teardrop...
ooo, kata tak 'join' blog ni, rupanya join gak eaaaa.. ayok-ayok.. Saya dah tau teardrop siapa trough your style of writing ma.. hehe, ma'alisy, yang penting isi sampai pengajaran ada. kankan? thanks for everything my fren! bitaufiq exam!
akak tau siapa 'dia'
mesti kalau dia baca post awak ni, meleleh air mata dia, terharu...
“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)
sahabat, diikat hatiNya dengan kasih sayang Allah. Jangan di waktu senang sahaja kita yakin dia sahabat kita, tapi apabila ditimpa musibah, dugaan yang Allah uji dalam persahabatan, kita mula rengggang dengannya.
Bersangka baik, berlapang dada, dan saling memaafkan perlu ada supaya ikatan persahabatan tetap dalam rahmat kasih sayangNya.
Menyayangi dan mencintai sahabat kerana Allah, ganjarannya adalah cintaNya
Pernah malaikat berkata kepada seorang yang ingin menziarahi sahabatnya,
“Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.
Satu permulaan, mulakan dengan senyuman...
“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).
ahla wasahla ya teardrop! ^_^
gumbiranya, tmbah sorg ahli, you complete us, dear! (eh, macam you complete me ust.hasrizal dgn isterinya pula ehehe)
terimbau kenangan lama pula, ajak kwan ke toilet,
"jangan tengok belakang tau" huhu apekah kanak-kanak ni
sungguh sahabat itu bukan mudah utk dicari,tp paling benar, sangat sukar untuk MENJADI shbt y dicari.
hakikatnya mmg rs syukur dapat kenal & 'hidup' dgn insan-insan mulia macam mereka.
moga kebahagiaan dan redha Tuhan sentiasa bersama kalian sahabat. Sampai akhir nanti..
salam cik teardrop..
teardrop?
kenapa teardrop?
erm..xtau nk ckp ape..
cukup hati dan tingkah memberi jawapan how i appreciate our friendship..ecece..ayat amatur dr seorg non blogger.. ngeh3..
ALLAH tau apa ada dlm hati ini..
moga Allah terus bimbing dan pimpin anda..
selamat sumenye InsyaALLAH..
Post a Comment