4:15 PM

Saat manis kan tiba jua!




“This too shall pass!”


Inilah kata-kata semangat seorang senior saya. Beliau telahpun menjadi seorang doktor di Malaysia sekarang. Setahun lepas, ketika saya di tahun 4, saya lihat kata-kata ini tertampal di dinding rumah beliau.


……………………………………………..


Tiga minggu sebelum ini saya terfikir – apa bolehke diri ini bertahan dengan peperiksaan yang berturut-turut selama 5 hari di minggu ketiga peperiksaan? Subjek yang kesemuanya berjumlah 11 ini akan dihabiskan MCQ-nya dalam 3 minggu ..hmmm mungkin boleh collapse!
Tetapi akhirnya 3 minggu itu telahpun berakhir dan hari ini kami telahpun menamatkan tahun 5. Alhamdulillah..



Sahabat-sahabat yang lain ada lagi yang masih melalui peperiksaan. Kata mereka, “Periatrik macam tertukar soklan dengan tahun 6, sgt susah dan pening nak jawab, banyak tanya diagnose, ada soklan Neuro disease dan…”


[Believers are] those who are patient and put their trust in their Lord. (Surat an-Nahl, 42)


Bersabarlah adik-adik dan kawan-kawan..this too shall pass..^_^


Ya, kita akan dapat melepasinya!


Pejam celik masa ini akan berlalu pergi, meninggalkan serpihan-serpihan hidup yang bakal diharungi seterusnya..kuatkanlah semangat, tabahkanlah hati!


...................................................


Teringat sesuatu yang pernah dibaca sebelum ini, tak ingat dari mana sumbernya…
……Kehidupan kita sebagai pelajar, yang kita seringkali rasa susahàmemerlukan masa-masa dihabiskan untuk menatap buku, menulis nota, menghafal, ditanya oleh pensyarah/doc, menjawab soalan-soalan peperiksaan dll.. bagi kita yang berat di ketika usia ini adalah ujian menuntut ilmu ini… tetapi jika kita fikir-fikir, tugas besar kita ketika ini hanya ini sahaja..

Ini sahaja???


Bermaksud kehidupan kita ini boleh dikatakan sehabagian besar daripada perkara-perkara lain seperti makan, pakai, suasana hidup, keluarga, duit dan lain-lain lagi mampu untuk kita memenuhinya. Tidak perlu merungsingkan diri memikirkan hal-hal keperluan dalam hidup, tidak perlu juga bertakut-takutan dan bercemas-cemasan seperti kehidupan mereka-mereka yang dibelenggu peperangan dan keganasan. Tak kurang juga sekiranya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Bagaimana agaknya hidup bagi mereka yang punya ujian-ujian yang lebih berat dari kita ini?


Pernah tak kita mendengar rintihan seorang sahabat kepada Rasulullah…


Dari Abi Abdillah Khabbab bin Al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang baginda berbaring di bawah lembayung Kaabah berbantalkan selendangnya . Lantas kami berkata : Apakah tidak Engkau memohon kemenangan [ pertolongan ] bagi pihak kita ? Apakah tidak Engkau berdoa bagi [ kejayaan ] kita ?

Lalu Nabi saw menjawab : Sesungguhnya terdapat pejuang sebelum kamu yang ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan kemudian dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua dan ia disikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya namun [ penyiksaan itu ] tidak memalingkan ia dari agamanya .

Demi Allah ! Pasti sahaja Allah swt akan menyempurnakan agamaNya sehingga seseorang yang berkenderaan dari Sana'a ke Hadhra maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah swt . dan Serigala yang mengancam kambingnya . Namun begitu .... kamu terlalu gopoh !

Hadis Riwayat Imam Bukhari rhm .

Ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan?
Dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua?
Diisikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya?


Adakah setanding kesusahan kita ini dengan mereka???


Telah berkata Asy Sya'bi rhm :

Saidina Umar al Khattab pernah bertanya Khabbab mengenai penderitaannya disiksa oleh Musyrikin . maka berkata Khabbab : Wahai Amirul Mukminin Lihatlah belakangku ini . Lalu berkata Umar al Khattab : Tidak pernah aku lihat belakang seseorang seperti hari ini .

Khabbab berkata : Sesungguhnya telah dinyalakan api lalu aku disalai di atasnya sehinggalah padam api tersebut akibat lelehan lemak dari jasadku .


Aduhai! Sungguh sekiranya kita diuji seperti mereka, berapa ramai yang masih sanggup meneruskan perjuangan tanpa putus asa?


Perasaan susah itu sememangnya fitrah kita, hamba yang lemah. Rasa sakit juga bukan sesuatu yang abnormal…tetapi tabahkanlah hati…


Allah sedang berbicara dengan kita, mengajar kita apa itu rasanya sifat sabar, tanpa melalui yang susah, sudah tentu kita tak mengenal erti sebuah kesabaran..


Dengan itu, teruskanlah usaha membaca, menulis, menghafal dan mengulang.. selagi masa masih ada, selagi usia masih bersisa…kerana ilmu yang ada inilah senjata kita, malah perisai kita! Tajamkanlah mata pedang anda dan teguhkanlah perisai anda… biar hancur ‘musuh-musuh’ durjana di dunia, biar terangnya cahaya malah lapangnya kubur yang bakal jadi rumah kita, biar bahagianya menjadi penghuni taman-taman syurga Illahi…


Maka senyumlah sahabat sekalian! ^_^


Inilah harga yang perlu dibayar demi kemanisan di hujung jalan nanti..





- Biar yang perit mendahului, Agar yang manis mengakhiri -
Wassalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakaatuh…


4 silent voices:

kher said...

setelah dikenang dan direnungi kembali, memang benar apa yang kita lalui sekarang ini hanyalah perkara yang kecil. berbanding apa yang akan kita tempuhi untuk seluruh hidup kita nanti.

rasanya bukanlah sifat seorang muslim untuk mengeluh dengan ujian. "Kamu katakan dirimu beriman tetapi masih belum diuji". sesungguhnya setiap yang berlaku itu adalah ujian dari-Nya. terserah kepada kita bagaimana untuk menghadapinya.

semoga kita niatkan setiap apa yang kita lakukan semuanya kerana Allah. kerana itulah yang akan membantu kita di SANA kelak.

semoga berjaya kepada semua di dunia dan akhirat. insyaAllah

kher said...

"Bolehkah kamu katakan dirimu beriman, sedangkan engkau belum diuji"

Fez said...

Yang penting never give up and believe in yourself!

razyana said...

insya allah,

teruskan usaha dgn semangat dan kecekalan untuk berjaya.

tiada yang mustahil krn semuanya dgn izin dan kehendak Allah.