10:28 AM

The heroes...

Dah lama rasa ingin meng'update'kan blog ini. Tetapi saya kesuntukan masa. Tidak sempat untuk berfikir jauh tentang kehidupan untuk dikongsikan bersama di dalam blog. (Alasan yang sengaja dicari).

Mari saya bercerita tentang mereka yang saya anggap HERO.

Untuk kesempatan yang saya ada semalam, saya luangkan masa untuk mendownload dan menonton siri-siri dokumentari tentang Brigade Ezzedin Al-Qasam di youtube.

Dari Wikipedia...
The Izz ad-Din al-Qassam Brigades (كتائب الشهيد عز الدين القسام; named after Izz ad-Din al-Qassam) is the military wing of Palestinian militant group Hamas




Antara yang menarik, Bagaimana pemilihan mujahidin Al-Qassam dibuat??

Menurut As-Syahid Saleh Syahada (Pemimpin utama terdahulu)

1. Mereka dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai tahap keimanan yang tinggi dan diyakini. Oleh kerana itulah mereka dicari dari kalangan pemuda masjid. Pernah saya dengar, mereka yang tidak pernah tinggal solat jemaahnya di masjid).

2. Mereka yang rela berjuang sehingga mencapai syahid.

3. Mereka yang bukan anak tunggal dalam keluarga di mana dia menjadi tempat pergantungan seluruh keluarga. Maka, dalam briged ini, kebanyakan mujahidin adalah belum berkeluarga a.k.a masih bujang.

Mereka berlatih dan berlatih menghadapi apa jua kemungkinan.

Semangat jihad dan berani mati di jalan Allah amat mengkagumkan. Cuba bandingkan dengan semangat mereka dan semangat yang sedang membalut jasad kita sekarang.

Banyak benar bezanya. Kita sentiasa diselimuti rasa takut dan malas. Dua item yang memerangkap kita.

Ingin tahu apa yang menjadi motivasi dan sumber kekuatan mereka??

Bacalah ayat Surah Saff : 10-11.
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

Bukan sahaja pemuda atau kaum lelaki saja yang boleh menjadi mujahidin al-Qassam. Namun saya melihat wanita juga dilatih mempertahankan diri dan mengangkat senjata. Teknik yang mereka pelajari mengingatkan saya ketika berlatih taekwondo dahulu. Penuh semangat. Namun semangat mereka, semangat jihad fi sabillillah membebaskan watan dari genggaman Israel yang kejam.

Bandingkan lagi semangat mereka dengan kita..
Umur mereka sebaya saja dengan umur kita. Namun di hati mereka tersemat satu niat untuk berjuang. Tiada lain dalam hati mereka, cumalah Allah tujuan mereka. Mereka sedang beratur menunggu giliran syahid!

Kita dan rakan-rakan?
Kita banyak berseronok. Belajar sedikit atau susah sedikit, keluhnya lebih. Program agama atau usrah - MALAS! Program Ilmu atau ukhwah - ALASAN! Belajar - MENGANTUK! Cukuplah situasi-situasi di atas sebagai bukti untuk mengatakan saya dan kamu MANJA!

Cubalah berubah. Hidup di dunia hanya sekali. Mati juga sekali. Namun adakah kita mahu mati sebelum kita sempat melakukan sesuatu untuk agama?? Cuma sesuatu. Sesuatu untuk kita tinggalkan agar kita tidak mati selepas hidup yang sia-sia. Contohilah mereka yang sedang berjuang dalam Briged Al-Qassam. Jadikan kisah mereka supaya kita tidak merasakan kita berada dalam zon selesa dan separa sedar.

Satu soalan untuk saya tinggalkan untuk saya dan semua...

APA YANG KITA TELAH LAKUKAN UNTUK ISLAM SUPAYA MATI KITA TIDAK SIA-SIA???

5:17 AM

Sepetang di halaqah makcik-makcik

Assalamualaikum

Masjid Fayha2 (atau Jami3=Masjid mengikut panggilan masyarakat Arab) letaknya betul-betul depan perhentian bas JUST. Masjid yang saya kira paling cantik di Irbid ini kemas dan punya seni ukiran tersendiri berbanding masjid-masjid lain yang pernah saya jejaki. Ruang solat untuk wanita terletak di tingkat dua, lengkap dengan tandas dan tempat wudhu'. Ketika musim sejuk begini, ada satu sobah (pemanas yang menggunkan tong gas) disediakan untuk kemudahan para jemaah. Kemudahan pendingin udara juga disediakan khususnya ketika bersolat terawikh. Baru sahaja dipasang kalau tak
silap pada Ramadhan yang lalu. Pendek kata, cukup serba serbi untuk tempat solat sebegini.


Masjid Fayha2


Kira-kira 2 minggu yang lalu, usai solat Asar, seorang makcik yang saya kira baru sahaja sampai datang dan mengajak saya untuk turut serta dalam halaqah tazkirah mingguannya. Memandangkan saya tidak punya apa-apa perancangan melainkan untuk terus pulang ke rumah, saya anggukkan sahaja, moga-moga ada perkara baru yang saya boleh belajar hari ini.

Topik yang bicarakan pada hari itu adalah doa. Topik yang saya kira cukup ringkas tetapi punya pengertian yang mendalam lebih-lebih lagi ketika itu peperangan di Gaza masih belum menunjukkan tanda-tanda akan tamat. Ada dua lagi makcik-makcik dalam lingkungan umur 20-40 tahun yang turut serta. Di awal diskusi, makcik yang dipanggil Ummu Adham itu (kalau tak silap saya) menyatakan bahawa untuk berhubungan dengan Allah sebenarnya amat mudah. Angkat sahaja tangan dan berdoalah. Hubungan secara langsung. Mintalah apa sahaja dan tak perlu kepada orang tengah untuk kita sampaikan hajat.

Namun, perlu juga kita ingat, dalam berdoa, jangan dilupa - peliharalah diri kita dari buat perkara-perkara yang dibenci Allah seperti memakan benda yang haram, tidak berusaha menjaga diri dari perbuatan dosa dan maksiat dsb. Seringkali kita dengar orang (atau kita sendiri juga) merungut atau berkata, dah banyak kali doa tapi tak termakbul-makbul. Bila hal ini berlaku, koreksilah diri semula, adakah kita bersungguh-sungguh menjauhkan diri dari perkara yang Allah tegah sepertimana bersungguh-sungguhnya kita dalam meminta.

Unsur lain yang paling penting yang perlu ada ialah yakin. Yakin bahawa permintaan itu akan dimakbulkan oleh Allah> Yakin bahawa Allah itu maha mendengar dan maha menunaikan.

"Macamana nak yakin?" Soal kakak yang saya kira berumur dalam lingkungan awal 30-an.

"Kalau kita 99% yakin, 1% sahaja terbolak-balik sikit hati, kira kita yakin tak?" soalnya lagi

Emm, betul-betul.Kadangkala tu ada juga terdetik kat hati macam tu. Yakin-yakin, tapi terfikir juga kadang-kadang tu, Allah kabulkan tak doa.

Ummu Adham pun menjawab,"Itu kira tak yakin lagi lah tu. Ada lagi 1 peratus, macamana Allah nak kabulkan doa"

Adus, susahnya.. detik hati saya.

Ummu Adham tambah lagi, "Yakin itu kerja iman. Iman seseorang itulah kayu ukur tahap keyakinan seseorang terhadap sesuatu dan dalam kes ini dalam yakin akan makbulnya doa"

..........................................

Panjang lagi perbincangan Ummu Adham dan rakan-rakannya. Tapi ayat penyatanya - " Yakin itu kerja iman" benar-benar buat saya ter'zipzas'.

Kalam sahih jiddan!




Psychology dalam Islam memasukkan unsur rohani sebagai pelengkap disamping unsur tubuh dan minda. Kebiasaanya, kira seringkali mengucapkan kepada diri perkara yang ingin diyakini itu berulang-ulangkali agar tersemat kukuh di minda dan tenang di hati. Contoh yang paling mudah bagi seorang pelajar yang akan mengambil peperiksaan, pasti kalimah sakti seperti, "Aku boleh", "Aku pelajar cemerlang, terbilang" dan lain-lain pasti keluar dari mulut mahupun tertampal kemas di dinding. Bilamana datang sahaja keraguan, akan kita sebutkan berulang-ulang kali kembali bahawa kita memang boleh. Semuanya usaha untuk kita datangkan keyakinan di minda dan kemudian di jiwa. Dan cara ini memang betul. Digunakan sesiapa sahaja hatta seantero dunia. Yang di'serang' adalah minda. Cara kita berfikir.

Tetapi cara yang satu ini - melahirkan keyakinan terus dari jiwa membuatkan saya terdiam. Yang diserang adalah iman, bukan minda.

Teringat kata-kata Ustaz Razi, kelajuan alunan zikir dari lidah pasti tidak akan mampu menandingi kelajuan zikir yang datang dari hati. Inilah nikmat yang paling tinggi - hati yang sentiasa berzikir walaupun lidah kaku dan mulut terkunci. Yang membezakan antara keduanya adalah iman. Iman orang yang mampu hatinya berzikir setiap saat dalam hidupnya, adalah iman insan yang tinggi martabatnya di sisi Allah. Dalam satu bahagian hadith riwayat Bukhari & Muslim berkenaan Qiamullail, Rasulullah s.a.w berkata kepada Aisyah,
" Hai Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi hatiku tidak tidur! "
Hari itu, saya pulang dengan pengajaran yang cukup besar. Jika saya inginkan hati yang sentiasa tenang dan yakin dengan setiap doa yang saya mohon moga diperkenankan, jika saya ingin berasa yakin dengan segala ketentuan yang telah, sedang dan bakal berlaku dalam hidup, pokoknya adalah iman yang ada dalam diri saya sendiri. Kuat atau lemah iman ini, itulah penentu.

Tarbiyah Imaniyah adalah kata kuncinya. Kuatkan iman, insyaAllah tahap yakin akan menuruti. Banyakkan istighfar dan zikir, banyakkan berdoa (macam cycle pula - nak doa kena yakin, nak yakin kena kuatkan iman, nak kuatkan iman kena doa ^_^), banyakkan amal perbuatan sebab kita tak tahu amal mana yang Allah terima atas ikhlasnya niat kita dan betulnya amalannya. Mudah-mudahan segala usaha ini Allah pandang dan diberi peluang untuk mendapat 'perasaan-perasaan' yang diidamkan.

Wallahu'a3lam


9:07 AM

SaJaraTuL BaLwA...


Baru sebentar tadi seorang sahabat arab saya menelefon…
“My exam wil be on this Tuesday, an oral exam, hmm feel quite scared, cant imagine what it would be like”.. “Dun wori my friend, Allah is with us, put ur trust on Him deeply, He wil certainly help you..”..

Sahabat saya ini saya kenali secara kebetulan ketika di surau jami’ah..perkenalan yang singkat dan mudah. Tak disangka hari tersebut telah Allah tetapkan untuk saya berjumpa dengannya. Bukan menjadi rutin saya untuk pulang lewat dari jami’ah, hanya sekali sekala. Dan pada hari tersebut saya stay back untuk menunggu seseorang. Perkenalan dengannya nyata membawa seribu satu hikmah dan makna dalam diri saya.

ALLAH IS WITH US...

Memang saya agak takut dengan exam osce yang bakal diambil ini..entah mengapa rasa macam takde idea apakah soalan yang bakal keluar..ONG walaupun tidaklah seluas Internal medicine atau Family medicine(bak kata seorang sahabat yg sedang bertungkus lumus dalam Family Med sekarang..exam beliau minggu depan jugaJ), tapi rasa macam hafal punya hafal, bila nak diulang, macam tersekat ..banyak yang rasanya kene ulang lagi..dan masuk hari ni lagi 2 hari akan exam..perasaan pun agak bolak-balik lebih2 lagi bila bukak soalan past year petang tadi, memang kene banyak hafal teori2(walaupun exam klinikal)..

Kemudian lepas masuknya waktu maghrib tadi, telepon berbunyi..sahabat arab saya ini yang memanggil..

Terasa lega bila mendengar kata-kata beliau..sememangnya dalam waktu-waktu hampir kepada imtihan, semua orang dalam keadaan yang boleh saya katakan tak seperti hari2 biasa..kadar hormone adrenaline pun meningkat..ada sdikit tachycardia hehe..dan tahap alertness pun jadi tinggi(meskipun tak minum kopi, tiba2 ada kekuatan untuk tidur dengan sedikit)…maka disaat inilah pergantungan pada ALLAH sepatutnya menjadi penenang buat kita…

Allah lah yang menciptakan doktor2 di jamiah..jadi soalan2 yang keluar juga adalah diilhamkan drNya..maka tak perlulah kita risau sebaliknya letakkan segala pergantungan padaNya..
Tugas kita untuk berusaha sehabis baik, berdoa banyak2 supaya :-

1) Soalan yang keluar adalah dr ruang lingkup yang dibaca dan dapat diingat
2) Diberi ketenangan ketika menjawab soalan
3) Ditajamkan fikiran supada mudah mengeluarkan jawapan dan dapat berfikir dengan pantas
4) Disejukkan hati doctor ketika melihat wajah kita dan doktor2 sekalian sentiasa berada dalam good moodJ
5) Doakan juga sahabat2 lain yang akan mengambil exam supaya semua berjaya!


Menjaga segala ibadah kita dengan sebaiknya dan akhir sekali..Tawakaltu ‘alALLAH! J

Artikel ini saya tulis untuk menenangkan serta mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat lain supaya tidak terlalu risau tentang exam yang bakal tibaJ. Moga Allah beri kemudahan buat kita semua..Moga Allah beri kejayaan buat kita semua..Moga segala usaha kita mendapat nilaian disisiNYA..RABBI YASSIR WALA TU’ASSIR YAA KAREEM…

*Berita gembira yang dinantikan..Alhamdulillah kemenangan PAS di Kuala Terengganu..Moga jalan kita ke arah membina kembali sebuah Negara ISLAM YANG TULEN DAN HAKIKI akan tercapai jua satu hari nanti..Mulakanlah dengan perubahan dalam diri kita sendiri demi mencapai matlamat yang lebih besar..bukankah jihad HAWA NAFSU itulah jihad yang TERBESAR??

Saidina Husin bin Ali KW berkata Nabi SAW berpesan :
“Wahai cucundaku Husin, hendaklah kamu sentiasa qanaah(memadai dengan apa yang ada) maka kamu akan menjadi kaya di sisi manusia. Hendaklah kamu melakukan semua yang fardu, maka dalam sebanyak-banyak manusia, engkaulah yang sebenarnya hamba Allah SWT. Wahai cucuku, sesungguhnya didalam syurga ada sebatang pohon yang bernama “ Sajaratul Balwa”(pohon bala), Allah Taala akan menghimpunkan orang-orang yang ditimpa bala di dunia dulu lalu dicurahkan sebanyak-banyaknya pahala ke atas mereka. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah(Surah Az-Zumar ayat 10, yang bermaksud):”Sesungguhnya hanya orang yang sabarlah, yang dicukupkan pahalanya tanpa hisap”.

Moga Allah berikan segala kekuatan, ketabahan dan kesabaran buat sahabat-sahabat seISLAM kita di Palestin, Iraq, Lubnan, Afghanistan dan serata tempat di seluruh dunia..Moga mereka kelak diberikan segala kenikmatan di dalam SYURGA ILLAHI..dicukupkan pahala meraka tanpa hisab.. dan moga kita juga diberikan kekuatan dan semangat untuk terus berjuang menegakkan kalimah ALLAH dimuka bumi..agar di sana nanti, kita dan meraka akan dipertermukan dengan orang-orang soleh, sahabat2 nabi, semua nabi2 dan Rasulullah di dalam taman-taman SYURGA yang Allah anugerahkan buat orang2 yang beriman padaNYA..dan yang lebih kita impikan adalah..bersemuka dan dapat melihat ALLAH ketika di alam akhirat kelakJ..ALLAH IS WITH US!

8:56 PM

Dah 40 tahun tak menulis blog..eheh

“Bila nak hantar entry?”…
“Takpe, nanti bila-bila dah siap artikel, antar je ek”..
“Dah lama tak antar post, apsal?”..
“Maut agaknya memang dah betul2 maut kot..InnaliLLAH”..



Setiap kali ada sahabat yang melontarkan soalan ini, saya rasa bersalah..hmm memang dah lama tak menghantar post di sini..seingat saya mungkin dah setahun kot..aduhai, sememangnya semenjak dr dulu dah beberapa banyak kali ntah saya cuba nak menulis lagi tapi segalanya hanya setakat 1 ke 2 perenggan, then tertangguh..


Apakah sebabnya?


Setiap kali nak menulis, saya cuba untuk terus menulis tapi tgh2 tulis rasa entry cam tak best, then saya akan padam dan ulang balik tulis sekali lagi, then dah tulis-tulis rasa ntah ape2 yang saya tulis(sedari awal rasa yang memang tak brapa talented dalam bidang penulisan), dan saya padam dan ulang balik dan bila dah rasa macam ambil banyak masa, saya tinggalkan dulu untuk disambung kemudian dan lepas dah beberapa lama..idea yang datang time mula2 tulis tu dah pudar, jd terbengkalailah… bila datang idea baru, saya akan cuba lagi menulis tapi natijahnya tetap sama..percubaan nak hasilkan entry ni dah beberapa kali berlaku tapi hasilnya tiada..huhu


Obsessive-compulsive Disorder…


“Bila nak antar entry lagi?”, tanya seorang sahabat semalam.
“Hmm ntahla, sekali menulis rasa macam kene spend banyak sgt masa, dan akhirnya tak abes tulis”
Setelah menceritakan masalah saya…
“Ntah ntah ko ada obsessive-compulsive disorder tak?”, kata sahabat sambil tergelak, sekadar bergurau(mentang-mentang tengah rotation psychiatry hehe)

Mula-mula dengar tak pk ape pun sgt, tapi kemudiannya, rasa risau la pulak..ntah ntah saya memang ada penyakit ni tak? Maka pencarian info berkenaan penyakit ni pun dimulakan…

Obsessive compulsive disorder(OCP) ini adalah satu penyakit mental yang mana pesakitnya akan dihantui oleh rasa cemas dan susah hati tentang satu-satu hal yang dilalui dalam hidup seharian(Obsessvive). Atau senang diringkaskan rasa tak sedap hati memanjangnya. Ekoran perasaan ini, maka pesakit akan cuba mengulangi perbuatan tersebut beberapa kali sehingga rasa cemas dan tak sedap hati tu dapat dihilangkan(compulsive). Antara contohnya, seorang pesakit tu yang dah parking keretanya di satu tempat, setelah meninggalkan keretanya di situ, beliau akan merasa sgt tak sedap hati kerana memikirkan “aku dah kunci kereta ke belom eh tadi?”, takut kalau-kalau ada pencuri ke yang akan curi keretanya, maka dia akan patah balik untuk periksa sama ada dah kunci ke belom kereta tu. Setelah diperiksa dan berpuas hati, beliau akan pergi dan rasa tak sedap hati serta fikiran-fikiran negatif tadi akan datang balik dan dia akan patah balik ke keretanya dan periksa sekali lagi sama ada dah kunci ke belum kereta. Tindakan ni akan berulang beberapa kali dan sememangnya menimbulkan rasa kurang senang dengan tindakan sendiri ni, tapi pesakit rasa terpaksa melakukannya untuk menghilangkan rasa cemas dan tak sedap hati tu…

Apakah puncanya?

Mungkin ada antara kita merasakan yang betul ke ada penyakit macam ni? Macam tak realistic je, buang masa semua tapi inilah hakikatnya… hanya mereka yang ada penyakit ni sahaja akan memahaminya. Ada seorang senior saya yang merasakan dirinya turut terjebak dalam perkara ini. Setiap pagi nak ke university, beliau akan periksa pintunya beberapa kali hatta dah jauh dari rumah, beliau sanggup patah balik semata-mata kerana merasakan yang “aku dah kunci ke belum eh pintu?”. Ada juga seorang seorang yang lain sewaktu saya di sekolah menengah dulu, beliau akan ulang beberapa ambil air sembahyang sampai basah kuyup kerana sentiasa merasakan yang wuduk yang diambil masih tak sempurna. Sampai orang lain terpaksa convince kan pada dia yang dia dah ambil dengan sempurna beberapa kali , baru dia akan berhenti.

Menurut kajian, penyakit ni bersangkut paut dengan kadar semulajadi satu hormone di otak kita yang dipanggil serotonin. Apabila atas sebab-sebab tertentu, pengaliran semulajadi hormone ini disekat, maka bahagian “alarm system” otak kita akan overreacts. Danger messages are then mistakenly triggered. Instead of the brain filtering out these unnecessary thoughts, the brain dwells on them—and the person repeatedly experiences unrealistic fears and doubts.(maaf terpaksa bagi dalam BI, tak reti camne nak translate)

Tapi janganlah khuatir, bukanlah mudah untuk terus menetapkan(diagnose) bahawa seseorang tu mempunyai penyakit ni. Beberapa faktor perlulah diambil kira. Kalau nak ditulis semuanya, nanti jadi terlalu panjang plak entry ni, maka bagi siapa-siapa yang beminat untuk tahu lebih lanjut, boleh search di internet atau buka mana-mana buku psikologi.

Walaubagaimanapun, sebenarnya ada satu lagi penyakit yang bersangkut paut dengan OCD ini tapi agak sedikit berlainan..jengjengjeng..namanya Obsessive-compulsive personality disorder..

Apa pulak Obsessive-compulsive personality disorder ni??

Berlainan daripada pesakit OCD yang akan berasa cemas dan merasa perlunya mengulagi sesuatu tindakan itu, pesakit OCPD pula akan meletakkan tekanan (place emphasis) untuk kesempurnaan(perfectionism) pada banyak perkara yang dilalui dalam kehidupan contohnya dalam menyusun objek, masa sendiri, aktiviti harian dirinya dan orang lain disekelilingnya. Ini menyebabkan pesakit akan membuat banyak peraturan dan langkah-langkah rutin bukan sahaja untuk dirinya tapi juga untuk keluarganya. Untuk mengelakkan sebarang kesilapan atau kesalahan dalam segala tindakanya, maka pesakit akan membuat senarai segala perkara yang perlu dilakukannya(hatta sekecil-kecil perkara) dan cara melakukannya. Mereka akan sentiasa menambah lagi senarai tersebut, dan mecari apa lagi perkara yang berkaitan dengan segala yang telah disenaraikan untuk dipanjangkan lagi senarai tu, sehinggalah akhirnya kerja-kerja tersebut dirasakan terlalu banyak dan akhirnya kerja-kerja utama tak berjaya diselesaikan. Maksudnya dia hilang point-of-focus. Situasi ni banyak terjadi di alam pekerjaan dan sebagai seorang pelajar.

Perfectionism tu bagaimana eh?

Skala yang diletakkan oleh pengkaji-pengkaji penyakit ini menyatakan perfestionism adalah "setting of excessively high standards for performance associated with critical self-evaluation”. Mereka turut menyenaraikan 6 faktor utama sebagai kayu ukur : "concern over making mistakes, high personal standards, parental expectations, parental criticism, doubt about quality of performance and organization".Skala kedua yang diletakkan oleh pengkaji lain, Hewit dan Flett pula memdokuskan pada 3 dimensi utama iaitu : "high standards and self criticism", the "need for approval" with fears about "negative evaluation" from others, along with a "tendency to set high expectations for others and to evaluate them in a demanding way".

Hmmm..tunggu dulu..hehe, bukanlah terlalu mudah juga untuk menyatakan yang seorang individu itu mempunyai penyakit ini, maka seseorang itu perlulah ada 4 dari senarai dibawah ini untuk di-diagnose-kan sebagai pesakit OCPD:-

1. Is preoccupied with details, rules, lists, order, organization, or schedules to the extent that the major point of the activity is lost.
2. Shows perfectionism that interferes with task completion (e.g., is unable to complete a project because his or her own overly strict standards are not met)
3. Is excessively devoted to work and productivity to the exclusion of leisure activities and friendships (not accounted for by obvious economic necessity)
4. Is overconscientious, scrupulous, and inflexible about matters of morality, ethics, or values (not accounted for by cultural or religious identification)
5. Is unable to discard worn-out or worthless objects even when they have no sentimental value
6. Shows reluctant to delegate tasks or to work with others unless they submit to exactly his or her way of doing things
7. Adopts a miserly spending style toward both self and others; money is viewed as something to be hoarded for future catastrophes
8. Shows rigidity and stubbornness



Maka, setelah melihat dan menilai balik diri saya berdasarkan segala pembacaan yang telah saya lakukan, Alhamdulillah rasa-rasanya saya tak mempunyai disorder –disorder ni, tapinya ada la 1 atau 2 kriteria yang macam agak terkena sedikit, contohnya macam mengulang beberapa kali untuk tulis entry sampai akhirnya tak abes buat. Tapi tu la, hanya bab menulis entry je yang jadi camtu, pk pk mungkin kerana buat entry takde due date hehe, macam bila kene antar minit mesyuarat dulu atau kene buat kertas kerja, walaupun saya merasakan yang masa yang agak lama diambil tapi sebab ada due date makanya, terpaksa diselesaikan sebelum due date tu tiba. Sebab tu saya tak suka buat minit mesyuarat atau kertas kerja terlalu awal, sbb saya akan ambil banyak sgt masa untuk menyiapkannya. Demi mengelakkan juga diri dicop oleh saudari dotdotdot sbg mempunyai disorder ini, maka saya mengambil cabaran untuk cuba menghasilkan juga satu entry penuh dalam masa yang ditetapkan oleh diri sendiri dan yang paling penting, elakkan diri pk apa yang telah ditulis di atas sehinggalah tamat entry dan tadaaaa…entry dapatlah saya sempurnakan dalam masa 1 jam 30 minit. Fuuuhh…

Tak perlu pun due date…

Sebenarnya bila pk-pk balik, tak perlu pun ada due date …lebih kepada kalau nak seribu daya, tak mau seribu dalih..keje-keje dahwah mana ada due date..setiap saat pun adalah due date kerana taktahu bilakah maut bisa menjemput..dan paling penting, menasihatkan diri sendiri sebenarnya, supaya tak perlu sangat pk banyak apa yang dah ditulis, tetapkan masa, tulis, siap je, baca sepintas lalu dan terus hantar..kalau banyak2 pk ni yang akhirnya keje terbengkalai..alhamdulillah..trima kasih pada sahabat-sahabat yang tak jemu-jemu bertanya hehe. InsyaAllah lepas ni saya akan cuba menulis sebarang idea yang terlintas dengan laju tanpa asyik pk yang tulisan saya cam tak best nak dibaca, banyak kali padam dan ulang tulis..untuk akhirnya saya tinggalkan sahabat-sahabat sekalian dengan sepotong hadis dari riwayat Al-Dailani..

“ Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan”…

Bukanlah niat untuk berubah ke arah yang lebih baik itu hanya dengan cita-cita sahaja tapi buktikanlah melalui usaha-usaha untuk menjadi lebih baik iaitu melalui perbuatan. Bak kata pepatah BI..Action speaks louder than words..

Doakan saya untuk buang sikap banyak sgt pk apa yang ditulis tak best(tak kisah best ke tak best, yang penting usaha dan niat yang kita letakkan itu hanya keranaNya)..jzkk salam