8:20 AM

DUTA kecil ISLAM (part 2)

(www.gettyimages.com)

Dalam bahagian kedua (bahagian pertama - part 1) ini, saya nak berkongsi beberapa cabaran yang sinonim dengan seorang duta kecil Islam seperti kita. Perkongsian ringkas ini diharap dapat mengingatkan yang lupa serta merangsang & menggerakkan kita semua untuk memantapkan lagi perlaksanaan tugas kita sebagai seorang duta kecil Islam, insyaAllah.

Cabaran demi cabaran yang silih berganti adalah sesuatu yang perlu dijangkakan oleh setiap duta kecil Islam. Cabaran ini mungkin berpunca dari diri sendiri atau keadaan sekeliling. Meskipun begitu, setiap ujian yang datang berada dalam kemampuan kita untuk menyelesaikannya, seperti yang janji ar-Rahman dalam surah al-Baqarah, ayat 286:

[286 ]…لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Terjemahan : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya

Antara cabaran dari dalam diri ialah :
  • Persediaan ilmu. Kecintaan menimba ilmu perlu disemai & dibaja kerana ia aset utama kita untuk menunaikan salah satu tugas duta kecil Islam iaitu, mengajak ke arah kebaikan & menegur sebarang kesalahan. Berbekalkan ilmu dari sumber yang sohih, insyaAllah lebih mudah bagi kita melakukan tugas ini kerana akan semakin jelas perkara yang ingin digalakkan & yang ingin ditegur.
  • Inferioriti kompleks. Inferioriti kompleks yang timbul dalam diri akan menimbulkan rasa kerdil yang keterlaluan terhadap orang lain. Konflik diri seperti ini berbeza daripada konsep tawaddu' & ia memberi kesan negatif kepada pembawaan diri. Cabaran ini sering berpunca dari rasa kurang yakin terhadap nilai-nilai yang ada dalam diri. Akibatnya, kita akan kelihatan lemah, tiada keyakinan diri & tidak mampu bergerak ke hadapan. Seterusnya, ia akan mencacatkan misi kita untuk menjaga imej baik Islam. Jalan penyelesaian bagi konflik ini adalah dengan menanam keyakinan terhadap kekuasaan & janji Allah swt serta merasakanbahawa nikmat iman & islam yang meletakkan nilai mulia pada diri seseorang insan. Firman Allah swt :

ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين

Terjemahan : "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kami orang-orang yang beriman. (surah Ali-Imran : ayat 139)


  • Meletakkan mind-setting yang betul. Antara salah faham yang selalu timbul adalah tanggapan bahawa penuntut ilmu agama sahaja yang layak memainkan peranan ini. hakikatnya, setiap seorang daripada kita mampu menyumbang kepada Islam menurut kemampuan kita. Tiada pengkhususan kepada mana-aman bidnag pengajian. Bak kata pepatah Melayu, "Nak seriba daya, tak nak seribu dalih"

Justeru dalam rangka kita memperkemaskan lagi perlaksanaan tugas sebagai seorang duta kecil Islam, beberapa perkara perlu diberi perhatian, antaranya :
  • Niat kita memikul amanah ini dituluskan kerana Allah swt
  • Motivasi diri perlu berterusan untk membantu kita terus istiqamah menjalankan tanggungjawab sebagai duta kecil Islam yang semakin hari semakin mencabar. Motivasi ini boleh jadi daripada penghayatan kepada Al-Quran & hadia Rasulullah saw, mengambil iktibar dari kesungguhan & semangat para sahabat Baginda saw serta berbaik sangka(berfikiran positif) dengan setiap yang berlaku.
  • Kreatif dalam memikirkan kaedah terbaik menjayakan tugas.

Tanamkan niat & azam yang betul, aturkan rencana kita sebaiknya, dengan iringan doa serta tawakkal, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan, inilah janji Ar-Rahman seperti firmanNya:

والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين
Terjemahan : Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. (surah Al-Ankabuut:ayat 69)

Semoga kita terus diberi kekuatan menunaikan tugas istimewa sebagai DUTA KECIL ISLAM


Jelaskan matlamat..Tuluskan niat~
sabishi

12:39 AM

Terima kasih, Thank you, Allah yajzikumul kher...


Alhamdulillah...

segala puji bagi Allah swt atas nikmatNya yang tak terbilang & dgn izinnya saya dapat tulis entry yang saya kira bermakna ini walaupun mungkin ada yang menyifatkan entry ni sudah agak lewat. Namun saya bersyukur kerana entry yang saya berhajat untuk tulis 6 bulan yang lalu..tertulis juga akhirnya..alhamdulillah ya Rabb.





pantunmu teman, ini jawabnya..

Sejuta rasa terbuku di hati,
Lidah terkelu seribu bahasa,
Lantas kunukilkan coretan ini,
Moga terluah apa yang dirasa..


Sebenar-benarnya saya tidak tahu dari mana ingin saya mulakan entry ini, mungkin kerana terlalu banyak yang ingin saya kongsi hingga tak bertemu punca. Entry ini adalah dedikasi khas buat sahabat2 a.k.a keluarga saya di jordan.

TERIMA KASIH
Alhamdulillah & terima kasih yang teramat kepada sahabat2
(kakak2, batch 2004, adik2) yang bertungkus lumus memerah keringat & berjaga malam mengadakan majlis perkahwinan saya di jordan. One of the most important event in a woman's life is her wedding & all of you had made mine a memorable one.

Saya sungguh terharu dengan bantuan kalian ..bersedia pergi ke syria untuk membeli barang keperluan kenduri, bersungguh-sungguh menyusun perjalanan majlis akad nikah & majlis resepsi, mereka bentuk kad kahwin, merancang menu & memasak, memikirkan pakaian pengantin, menemani saya menguruskan prosedur perkahwinan & membeli kelengkapan rumah, membeli cincin, memberi sokongan moral, menjahit veil pengantin, mengemas rumah baru & banyak lagi...tak tersebut..

Selepas mengenang kembali segala pengorbanan sahabat2..saya jadi terkelu & tidak dapat memikirkan bagaimana harus saya balas semuanya kerana hanya Allah yang tahu betapa besar maknanya pengorbanan mereka kepada saya. Mereka melakukan segala-galanya tanpa mengharapkan apa2 balasan, hanyalah kerana rasa sayang yang didasari keimanan kepada Allah, atas ingatan saudara seakidah. Semoga Allah merahmati kalian & menyuluh perjalanan hidup kalian dengan sinar hidayah yang sebenar, sesungguhnya janji Allah itu benar seperti yang dilafazkan melalui perantaraan kekasihNya, Baginda saw;

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda;
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. (riwayat Muslim)

Jazakumullah khairan kathira..saya bersyukur kerana diizinkan Allah mengenali insan2 seperti mereka.

MINTA MAAF
Seribu kemaafan juga saya pohon daripada sekalian sahabat2 & adik2 atas 'kehilangan' saya beberapa lama selepas berumah tangga. Bukan niat di hati untuk memencilkan diri, jauh sekali untuk melupakan kalian. Cuma diri ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Alhamdulillah setelah 6 bulan, I am getting back on track.

Bagi saya, setelah berkahwin, seseorang itu bukannya menukar ganti taklifan diri daripada seorang adik atau kakak atau sahabat dengan amanah baru sebagai isteri/suami tetapi sebenarnya dia menambah satu lagi taklifan baru dalam diri iaitu sebagai suami atau isteri. Cuma yang mencabarnya ialah setelah berkahwin, seseorang perlu menyusun serta menyesuaikan keutamaan antara semua taklifan yang ada(sebagai anak, adik, kakak/abang, sahabat, suami/isteri dll) supaya tiada yang tercicir. Saya berharap sahabat2 & adik2 tak merasakan bahawa kalian sudah kehilangan seorang sahabat atau kakak. Saya merasakan setiap satu mempunyai hak ke atas saya selagi mana taklifan itu tersandar pada bahu ini. I am still here as long as the Almighty permits me & am still looking forward to sit for a chat, share ideas, thoughts & feelings & have gatherings together. Bayt Sakinah sentiasa terbuka untuk kalian, insyaAllah..

ingatkanlah saya andai terlupa & tegurlah andai tersalah

jazakumullah khairan kathira..taqabbal Allah minna wa minkum.
ya Allah peliharalah insan2 berhati mulia ini.

Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~

sabishi

4:15 PM

Saat manis kan tiba jua!




“This too shall pass!”


Inilah kata-kata semangat seorang senior saya. Beliau telahpun menjadi seorang doktor di Malaysia sekarang. Setahun lepas, ketika saya di tahun 4, saya lihat kata-kata ini tertampal di dinding rumah beliau.


……………………………………………..


Tiga minggu sebelum ini saya terfikir – apa bolehke diri ini bertahan dengan peperiksaan yang berturut-turut selama 5 hari di minggu ketiga peperiksaan? Subjek yang kesemuanya berjumlah 11 ini akan dihabiskan MCQ-nya dalam 3 minggu ..hmmm mungkin boleh collapse!
Tetapi akhirnya 3 minggu itu telahpun berakhir dan hari ini kami telahpun menamatkan tahun 5. Alhamdulillah..



Sahabat-sahabat yang lain ada lagi yang masih melalui peperiksaan. Kata mereka, “Periatrik macam tertukar soklan dengan tahun 6, sgt susah dan pening nak jawab, banyak tanya diagnose, ada soklan Neuro disease dan…”


[Believers are] those who are patient and put their trust in their Lord. (Surat an-Nahl, 42)


Bersabarlah adik-adik dan kawan-kawan..this too shall pass..^_^


Ya, kita akan dapat melepasinya!


Pejam celik masa ini akan berlalu pergi, meninggalkan serpihan-serpihan hidup yang bakal diharungi seterusnya..kuatkanlah semangat, tabahkanlah hati!


...................................................


Teringat sesuatu yang pernah dibaca sebelum ini, tak ingat dari mana sumbernya…
……Kehidupan kita sebagai pelajar, yang kita seringkali rasa susahàmemerlukan masa-masa dihabiskan untuk menatap buku, menulis nota, menghafal, ditanya oleh pensyarah/doc, menjawab soalan-soalan peperiksaan dll.. bagi kita yang berat di ketika usia ini adalah ujian menuntut ilmu ini… tetapi jika kita fikir-fikir, tugas besar kita ketika ini hanya ini sahaja..

Ini sahaja???


Bermaksud kehidupan kita ini boleh dikatakan sehabagian besar daripada perkara-perkara lain seperti makan, pakai, suasana hidup, keluarga, duit dan lain-lain lagi mampu untuk kita memenuhinya. Tidak perlu merungsingkan diri memikirkan hal-hal keperluan dalam hidup, tidak perlu juga bertakut-takutan dan bercemas-cemasan seperti kehidupan mereka-mereka yang dibelenggu peperangan dan keganasan. Tak kurang juga sekiranya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Bagaimana agaknya hidup bagi mereka yang punya ujian-ujian yang lebih berat dari kita ini?


Pernah tak kita mendengar rintihan seorang sahabat kepada Rasulullah…


Dari Abi Abdillah Khabbab bin Al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang baginda berbaring di bawah lembayung Kaabah berbantalkan selendangnya . Lantas kami berkata : Apakah tidak Engkau memohon kemenangan [ pertolongan ] bagi pihak kita ? Apakah tidak Engkau berdoa bagi [ kejayaan ] kita ?

Lalu Nabi saw menjawab : Sesungguhnya terdapat pejuang sebelum kamu yang ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan kemudian dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua dan ia disikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya namun [ penyiksaan itu ] tidak memalingkan ia dari agamanya .

Demi Allah ! Pasti sahaja Allah swt akan menyempurnakan agamaNya sehingga seseorang yang berkenderaan dari Sana'a ke Hadhra maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah swt . dan Serigala yang mengancam kambingnya . Namun begitu .... kamu terlalu gopoh !

Hadis Riwayat Imam Bukhari rhm .

Ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan?
Dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua?
Diisikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya?


Adakah setanding kesusahan kita ini dengan mereka???


Telah berkata Asy Sya'bi rhm :

Saidina Umar al Khattab pernah bertanya Khabbab mengenai penderitaannya disiksa oleh Musyrikin . maka berkata Khabbab : Wahai Amirul Mukminin Lihatlah belakangku ini . Lalu berkata Umar al Khattab : Tidak pernah aku lihat belakang seseorang seperti hari ini .

Khabbab berkata : Sesungguhnya telah dinyalakan api lalu aku disalai di atasnya sehinggalah padam api tersebut akibat lelehan lemak dari jasadku .


Aduhai! Sungguh sekiranya kita diuji seperti mereka, berapa ramai yang masih sanggup meneruskan perjuangan tanpa putus asa?


Perasaan susah itu sememangnya fitrah kita, hamba yang lemah. Rasa sakit juga bukan sesuatu yang abnormal…tetapi tabahkanlah hati…


Allah sedang berbicara dengan kita, mengajar kita apa itu rasanya sifat sabar, tanpa melalui yang susah, sudah tentu kita tak mengenal erti sebuah kesabaran..


Dengan itu, teruskanlah usaha membaca, menulis, menghafal dan mengulang.. selagi masa masih ada, selagi usia masih bersisa…kerana ilmu yang ada inilah senjata kita, malah perisai kita! Tajamkanlah mata pedang anda dan teguhkanlah perisai anda… biar hancur ‘musuh-musuh’ durjana di dunia, biar terangnya cahaya malah lapangnya kubur yang bakal jadi rumah kita, biar bahagianya menjadi penghuni taman-taman syurga Illahi…


Maka senyumlah sahabat sekalian! ^_^


Inilah harga yang perlu dibayar demi kemanisan di hujung jalan nanti..





- Biar yang perit mendahului, Agar yang manis mengakhiri -
Wassalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakaatuh…


8:46 AM

Ingatan Hari Lahir

Bismillah

HARI INI


Hari ini 28 Mei. Selesai sudah satu lagi peperiksaan- orthopedic pagi tadi mencukupkan kesemuanya 6 papers yang telah kami hadapi sehingga hari ini. Masih berbaki 5 yang tinggal. Alhamdulillah 3ala kulli hal, serahkan natijahnya pada yang Maha Pemurah, Maha Pemberi. Kita hanya usaha dan mampu berdoa. Hanya Dia yang memudahkan segalanya…..



Hari ini 28 Mei. Selamat hari tua setahun lagi buat diri, Alhamdulillah. Semalam (27 Mei), kami menerima berita mengejut perginya seorang kakak senior IKIP yang pernah bersama-sama kami di sini. Meningitis, kata mereka yang menyampaikan berita. Innalillah wainna ilaihi rajiun. Dia telah pergi bersama amalan untuk dipersembahkan padaTuhan. Aku pula hari ini masih lagi diberi masa tambahan, ditambah umur usia, diberi peluang oleh Yang Maha Pemurah, untuk bernafas dalam jiwa hamba…. Ya, seorang hamba.. moga saya tidak lupa status itu selamanya. InsyaAllah


SAYA DAN 23 TAHUN

23 tahun. Bukan tempoh yang singkat. Dan hari ini Allah izinkan lagi saya menyambung lagi usia saya yang berbaki entah sampai bila, hanya dalam rahsiaNya. Saya hanya mengharapkan keberkatan. Keberkatan usia yang entah pendek atau panjang jangka masanya. Keberkatan.. agar peluang untuk saya menyambung hidup lagi tidak membawa kerugian pada negara, tidak memberi kesusahan pada masyarakat, tidak menimpa beban pada keluarga, tidak menimbul benci pada mereka yang saya sayangi, dan paling penting tidak membuat fitnah pada agama, dan tidak menempah murka Allah.



Ya, itu amanah usia. Mana mungkin kita berguna, andai usia yang Allah kurniakan kita sia-siakan dengan perangai, tingkah laku dan perbuatan yang hanya mendatangkan fitnah pada agama, memburukkan imej Islam yang kita bawa yang hanya membawa kemurkaanNya semata. Islam agama yang indah, Islam mengajar setiap aspek dalam kehidupan dengan tatacara yang cukup sempurna,baik dan tiada celanya, dan itulah yang seharusnya kita perjuangkan selagi diberi nikmat usia, selagi hidup sebagai hambaNya. Usia yang panjang bukan sentiasa membawa kebaikan andai amanahnya tidak kita tunaikan dan nikmatnya tidak kita syukuri dengan amalan baik di sisi Tuhan.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

Sekadar satu perkongsian di hari lahir ini, peringatan untuk diri yang pelupa.
Memetik satu hadis Rasulullah SAW:
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka.

Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan
Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.

Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan?

Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam.

Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulang tulang
rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telahlakukan)- As-Sajadah

Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah!

Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.

Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah!


Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku
berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya?

Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya – (atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka) kecuali kerana hasil tanaman
lidah-lidah mereka.

Hadis riwayat Tirmidzi- hasan sahih

Mungkin aku terlupa,
Sesungguhnya sesuatu perkara itu mudah hanya bagi orang yang Allah mudahkan ke atasnya, agar ia berusaha dan beramal hingga berjaya memasuki syurga, terhindar dari neraka.


Atau mungkin juga aku tidak ingat ketika Rasulullah SAW bersabda :
“Beramallah kamu, maka sesungguhnya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dijadikan baginya”


Dan ayat Allah:
“Maka adapun orang yang member dan berbakti dan mengakui dengan kebaikan, maka Kami kan permudahkan dia ke jalan yang mudah. ” Al-Lail



Pernahkah pula aku amalkan, sedangkan Rasulullah SAW sendiri pernah memohon kemudahan dalam doanya :
“Dan tunjukkan aku dan mudahkanlah petunjuk itu untuk bagiku”

Juga permohonan Ibn Umar dalam doa :
“Ya Allah, Mudahkanlah aku bagi kemudahan, dan jauhkan aku dari kepayahan”

HARAPAN SELAMANYA


Syurga… bagi mereka yang Allah mudahkan jalan ke sana

Ya Allah, bantulah dan mudahkanlah jalan kami menempa redha dan syurgaMu

Dalam ibadah dan amalan,
Mudahkan kami ke mandapat rahmat dan syurgaMu Ya Allah
Agar kami bahagia merasai apa itu ikhlas dan ibadah yang sempurna, tenang dalam jiwa

Dalam belajar dan mengajar
Dalam pergaulan sesama insan
Dalam ukhuwwah dan persahabatan
Dalam percakapan dan pertuturan
Dalam berakhlak, tingkah laku dan berpakaian
Dalam hidup dan nafas kami setiap saat,
Mudahkan jalan kami ke syurgaMu
Supaya hanya Engkau yang Kami sembah,

Hanya agamaMu yang kami perjuangkan, yang kami ikut dan kami pelihara,

Hanya hukumMu yang kami angkat selamanya.

Di saat ini , tiada lain yang aku inginkan... hanya itu...



Mudahkan aku jalan ke syurgaMu, mudahkan mereka di sekelilingku yang aku sayangi, dan mereka di sisiMu yang KauCintai....

Selamat hari lahir , semoga Allah iringi kekuatan dan kesabaran menempuhi dunia yang semakin huru hara, hilang bagaikan tidak bertuhan.

(Mengharapkan hari ini tidak akan berakhir... tapi mustahil...)*sigh*

p/s- terima kasih yang mendoakan dan mengucapkan selamat. Untuk anda saya tujukan lagu "Dengan Nafasmu" dari Ungu. Thanx Tiqah. Semoga setiap nafas kita dalam rahmatNya. Mari bersama tunaikan amanah usia kita.... ameeen

Wallahua'lam


Dengan Nafasmu- Ungu


Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

[**]
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku

[***]


Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu


(kalau nak dengar, cari sendiri...)