8:20 AM

DUTA kecil ISLAM (part 2)

(www.gettyimages.com)

Dalam bahagian kedua (bahagian pertama - part 1) ini, saya nak berkongsi beberapa cabaran yang sinonim dengan seorang duta kecil Islam seperti kita. Perkongsian ringkas ini diharap dapat mengingatkan yang lupa serta merangsang & menggerakkan kita semua untuk memantapkan lagi perlaksanaan tugas kita sebagai seorang duta kecil Islam, insyaAllah.

Cabaran demi cabaran yang silih berganti adalah sesuatu yang perlu dijangkakan oleh setiap duta kecil Islam. Cabaran ini mungkin berpunca dari diri sendiri atau keadaan sekeliling. Meskipun begitu, setiap ujian yang datang berada dalam kemampuan kita untuk menyelesaikannya, seperti yang janji ar-Rahman dalam surah al-Baqarah, ayat 286:

[286 ]…لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Terjemahan : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya

Antara cabaran dari dalam diri ialah :
  • Persediaan ilmu. Kecintaan menimba ilmu perlu disemai & dibaja kerana ia aset utama kita untuk menunaikan salah satu tugas duta kecil Islam iaitu, mengajak ke arah kebaikan & menegur sebarang kesalahan. Berbekalkan ilmu dari sumber yang sohih, insyaAllah lebih mudah bagi kita melakukan tugas ini kerana akan semakin jelas perkara yang ingin digalakkan & yang ingin ditegur.
  • Inferioriti kompleks. Inferioriti kompleks yang timbul dalam diri akan menimbulkan rasa kerdil yang keterlaluan terhadap orang lain. Konflik diri seperti ini berbeza daripada konsep tawaddu' & ia memberi kesan negatif kepada pembawaan diri. Cabaran ini sering berpunca dari rasa kurang yakin terhadap nilai-nilai yang ada dalam diri. Akibatnya, kita akan kelihatan lemah, tiada keyakinan diri & tidak mampu bergerak ke hadapan. Seterusnya, ia akan mencacatkan misi kita untuk menjaga imej baik Islam. Jalan penyelesaian bagi konflik ini adalah dengan menanam keyakinan terhadap kekuasaan & janji Allah swt serta merasakanbahawa nikmat iman & islam yang meletakkan nilai mulia pada diri seseorang insan. Firman Allah swt :

ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين

Terjemahan : "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kami orang-orang yang beriman. (surah Ali-Imran : ayat 139)


  • Meletakkan mind-setting yang betul. Antara salah faham yang selalu timbul adalah tanggapan bahawa penuntut ilmu agama sahaja yang layak memainkan peranan ini. hakikatnya, setiap seorang daripada kita mampu menyumbang kepada Islam menurut kemampuan kita. Tiada pengkhususan kepada mana-aman bidnag pengajian. Bak kata pepatah Melayu, "Nak seriba daya, tak nak seribu dalih"

Justeru dalam rangka kita memperkemaskan lagi perlaksanaan tugas sebagai seorang duta kecil Islam, beberapa perkara perlu diberi perhatian, antaranya :
  • Niat kita memikul amanah ini dituluskan kerana Allah swt
  • Motivasi diri perlu berterusan untk membantu kita terus istiqamah menjalankan tanggungjawab sebagai duta kecil Islam yang semakin hari semakin mencabar. Motivasi ini boleh jadi daripada penghayatan kepada Al-Quran & hadia Rasulullah saw, mengambil iktibar dari kesungguhan & semangat para sahabat Baginda saw serta berbaik sangka(berfikiran positif) dengan setiap yang berlaku.
  • Kreatif dalam memikirkan kaedah terbaik menjayakan tugas.

Tanamkan niat & azam yang betul, aturkan rencana kita sebaiknya, dengan iringan doa serta tawakkal, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan, inilah janji Ar-Rahman seperti firmanNya:

والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين
Terjemahan : Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. (surah Al-Ankabuut:ayat 69)

Semoga kita terus diberi kekuatan menunaikan tugas istimewa sebagai DUTA KECIL ISLAM


Jelaskan matlamat..Tuluskan niat~
sabishi

12:39 AM

Terima kasih, Thank you, Allah yajzikumul kher...


Alhamdulillah...

segala puji bagi Allah swt atas nikmatNya yang tak terbilang & dgn izinnya saya dapat tulis entry yang saya kira bermakna ini walaupun mungkin ada yang menyifatkan entry ni sudah agak lewat. Namun saya bersyukur kerana entry yang saya berhajat untuk tulis 6 bulan yang lalu..tertulis juga akhirnya..alhamdulillah ya Rabb.





pantunmu teman, ini jawabnya..

Sejuta rasa terbuku di hati,
Lidah terkelu seribu bahasa,
Lantas kunukilkan coretan ini,
Moga terluah apa yang dirasa..


Sebenar-benarnya saya tidak tahu dari mana ingin saya mulakan entry ini, mungkin kerana terlalu banyak yang ingin saya kongsi hingga tak bertemu punca. Entry ini adalah dedikasi khas buat sahabat2 a.k.a keluarga saya di jordan.

TERIMA KASIH
Alhamdulillah & terima kasih yang teramat kepada sahabat2
(kakak2, batch 2004, adik2) yang bertungkus lumus memerah keringat & berjaga malam mengadakan majlis perkahwinan saya di jordan. One of the most important event in a woman's life is her wedding & all of you had made mine a memorable one.

Saya sungguh terharu dengan bantuan kalian ..bersedia pergi ke syria untuk membeli barang keperluan kenduri, bersungguh-sungguh menyusun perjalanan majlis akad nikah & majlis resepsi, mereka bentuk kad kahwin, merancang menu & memasak, memikirkan pakaian pengantin, menemani saya menguruskan prosedur perkahwinan & membeli kelengkapan rumah, membeli cincin, memberi sokongan moral, menjahit veil pengantin, mengemas rumah baru & banyak lagi...tak tersebut..

Selepas mengenang kembali segala pengorbanan sahabat2..saya jadi terkelu & tidak dapat memikirkan bagaimana harus saya balas semuanya kerana hanya Allah yang tahu betapa besar maknanya pengorbanan mereka kepada saya. Mereka melakukan segala-galanya tanpa mengharapkan apa2 balasan, hanyalah kerana rasa sayang yang didasari keimanan kepada Allah, atas ingatan saudara seakidah. Semoga Allah merahmati kalian & menyuluh perjalanan hidup kalian dengan sinar hidayah yang sebenar, sesungguhnya janji Allah itu benar seperti yang dilafazkan melalui perantaraan kekasihNya, Baginda saw;

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda;
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. (riwayat Muslim)

Jazakumullah khairan kathira..saya bersyukur kerana diizinkan Allah mengenali insan2 seperti mereka.

MINTA MAAF
Seribu kemaafan juga saya pohon daripada sekalian sahabat2 & adik2 atas 'kehilangan' saya beberapa lama selepas berumah tangga. Bukan niat di hati untuk memencilkan diri, jauh sekali untuk melupakan kalian. Cuma diri ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Alhamdulillah setelah 6 bulan, I am getting back on track.

Bagi saya, setelah berkahwin, seseorang itu bukannya menukar ganti taklifan diri daripada seorang adik atau kakak atau sahabat dengan amanah baru sebagai isteri/suami tetapi sebenarnya dia menambah satu lagi taklifan baru dalam diri iaitu sebagai suami atau isteri. Cuma yang mencabarnya ialah setelah berkahwin, seseorang perlu menyusun serta menyesuaikan keutamaan antara semua taklifan yang ada(sebagai anak, adik, kakak/abang, sahabat, suami/isteri dll) supaya tiada yang tercicir. Saya berharap sahabat2 & adik2 tak merasakan bahawa kalian sudah kehilangan seorang sahabat atau kakak. Saya merasakan setiap satu mempunyai hak ke atas saya selagi mana taklifan itu tersandar pada bahu ini. I am still here as long as the Almighty permits me & am still looking forward to sit for a chat, share ideas, thoughts & feelings & have gatherings together. Bayt Sakinah sentiasa terbuka untuk kalian, insyaAllah..

ingatkanlah saya andai terlupa & tegurlah andai tersalah

jazakumullah khairan kathira..taqabbal Allah minna wa minkum.
ya Allah peliharalah insan2 berhati mulia ini.

Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~

sabishi

4:15 PM

Saat manis kan tiba jua!




“This too shall pass!”


Inilah kata-kata semangat seorang senior saya. Beliau telahpun menjadi seorang doktor di Malaysia sekarang. Setahun lepas, ketika saya di tahun 4, saya lihat kata-kata ini tertampal di dinding rumah beliau.


……………………………………………..


Tiga minggu sebelum ini saya terfikir – apa bolehke diri ini bertahan dengan peperiksaan yang berturut-turut selama 5 hari di minggu ketiga peperiksaan? Subjek yang kesemuanya berjumlah 11 ini akan dihabiskan MCQ-nya dalam 3 minggu ..hmmm mungkin boleh collapse!
Tetapi akhirnya 3 minggu itu telahpun berakhir dan hari ini kami telahpun menamatkan tahun 5. Alhamdulillah..



Sahabat-sahabat yang lain ada lagi yang masih melalui peperiksaan. Kata mereka, “Periatrik macam tertukar soklan dengan tahun 6, sgt susah dan pening nak jawab, banyak tanya diagnose, ada soklan Neuro disease dan…”


[Believers are] those who are patient and put their trust in their Lord. (Surat an-Nahl, 42)


Bersabarlah adik-adik dan kawan-kawan..this too shall pass..^_^


Ya, kita akan dapat melepasinya!


Pejam celik masa ini akan berlalu pergi, meninggalkan serpihan-serpihan hidup yang bakal diharungi seterusnya..kuatkanlah semangat, tabahkanlah hati!


...................................................


Teringat sesuatu yang pernah dibaca sebelum ini, tak ingat dari mana sumbernya…
……Kehidupan kita sebagai pelajar, yang kita seringkali rasa susahàmemerlukan masa-masa dihabiskan untuk menatap buku, menulis nota, menghafal, ditanya oleh pensyarah/doc, menjawab soalan-soalan peperiksaan dll.. bagi kita yang berat di ketika usia ini adalah ujian menuntut ilmu ini… tetapi jika kita fikir-fikir, tugas besar kita ketika ini hanya ini sahaja..

Ini sahaja???


Bermaksud kehidupan kita ini boleh dikatakan sehabagian besar daripada perkara-perkara lain seperti makan, pakai, suasana hidup, keluarga, duit dan lain-lain lagi mampu untuk kita memenuhinya. Tidak perlu merungsingkan diri memikirkan hal-hal keperluan dalam hidup, tidak perlu juga bertakut-takutan dan bercemas-cemasan seperti kehidupan mereka-mereka yang dibelenggu peperangan dan keganasan. Tak kurang juga sekiranya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Bagaimana agaknya hidup bagi mereka yang punya ujian-ujian yang lebih berat dari kita ini?


Pernah tak kita mendengar rintihan seorang sahabat kepada Rasulullah…


Dari Abi Abdillah Khabbab bin Al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang baginda berbaring di bawah lembayung Kaabah berbantalkan selendangnya . Lantas kami berkata : Apakah tidak Engkau memohon kemenangan [ pertolongan ] bagi pihak kita ? Apakah tidak Engkau berdoa bagi [ kejayaan ] kita ?

Lalu Nabi saw menjawab : Sesungguhnya terdapat pejuang sebelum kamu yang ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan kemudian dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua dan ia disikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya namun [ penyiksaan itu ] tidak memalingkan ia dari agamanya .

Demi Allah ! Pasti sahaja Allah swt akan menyempurnakan agamaNya sehingga seseorang yang berkenderaan dari Sana'a ke Hadhra maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah swt . dan Serigala yang mengancam kambingnya . Namun begitu .... kamu terlalu gopoh !

Hadis Riwayat Imam Bukhari rhm .

Ditangkap lalu digali lubang dan ditanam separuh badan?
Dibawa datang gergaji lalu diletakkan di atas kepalanya maka dibelah sehingga terbelah dua?
Diisikat dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya?


Adakah setanding kesusahan kita ini dengan mereka???


Telah berkata Asy Sya'bi rhm :

Saidina Umar al Khattab pernah bertanya Khabbab mengenai penderitaannya disiksa oleh Musyrikin . maka berkata Khabbab : Wahai Amirul Mukminin Lihatlah belakangku ini . Lalu berkata Umar al Khattab : Tidak pernah aku lihat belakang seseorang seperti hari ini .

Khabbab berkata : Sesungguhnya telah dinyalakan api lalu aku disalai di atasnya sehinggalah padam api tersebut akibat lelehan lemak dari jasadku .


Aduhai! Sungguh sekiranya kita diuji seperti mereka, berapa ramai yang masih sanggup meneruskan perjuangan tanpa putus asa?


Perasaan susah itu sememangnya fitrah kita, hamba yang lemah. Rasa sakit juga bukan sesuatu yang abnormal…tetapi tabahkanlah hati…


Allah sedang berbicara dengan kita, mengajar kita apa itu rasanya sifat sabar, tanpa melalui yang susah, sudah tentu kita tak mengenal erti sebuah kesabaran..


Dengan itu, teruskanlah usaha membaca, menulis, menghafal dan mengulang.. selagi masa masih ada, selagi usia masih bersisa…kerana ilmu yang ada inilah senjata kita, malah perisai kita! Tajamkanlah mata pedang anda dan teguhkanlah perisai anda… biar hancur ‘musuh-musuh’ durjana di dunia, biar terangnya cahaya malah lapangnya kubur yang bakal jadi rumah kita, biar bahagianya menjadi penghuni taman-taman syurga Illahi…


Maka senyumlah sahabat sekalian! ^_^


Inilah harga yang perlu dibayar demi kemanisan di hujung jalan nanti..





- Biar yang perit mendahului, Agar yang manis mengakhiri -
Wassalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakaatuh…


8:46 AM

Ingatan Hari Lahir

Bismillah

HARI INI


Hari ini 28 Mei. Selesai sudah satu lagi peperiksaan- orthopedic pagi tadi mencukupkan kesemuanya 6 papers yang telah kami hadapi sehingga hari ini. Masih berbaki 5 yang tinggal. Alhamdulillah 3ala kulli hal, serahkan natijahnya pada yang Maha Pemurah, Maha Pemberi. Kita hanya usaha dan mampu berdoa. Hanya Dia yang memudahkan segalanya…..



Hari ini 28 Mei. Selamat hari tua setahun lagi buat diri, Alhamdulillah. Semalam (27 Mei), kami menerima berita mengejut perginya seorang kakak senior IKIP yang pernah bersama-sama kami di sini. Meningitis, kata mereka yang menyampaikan berita. Innalillah wainna ilaihi rajiun. Dia telah pergi bersama amalan untuk dipersembahkan padaTuhan. Aku pula hari ini masih lagi diberi masa tambahan, ditambah umur usia, diberi peluang oleh Yang Maha Pemurah, untuk bernafas dalam jiwa hamba…. Ya, seorang hamba.. moga saya tidak lupa status itu selamanya. InsyaAllah


SAYA DAN 23 TAHUN

23 tahun. Bukan tempoh yang singkat. Dan hari ini Allah izinkan lagi saya menyambung lagi usia saya yang berbaki entah sampai bila, hanya dalam rahsiaNya. Saya hanya mengharapkan keberkatan. Keberkatan usia yang entah pendek atau panjang jangka masanya. Keberkatan.. agar peluang untuk saya menyambung hidup lagi tidak membawa kerugian pada negara, tidak memberi kesusahan pada masyarakat, tidak menimpa beban pada keluarga, tidak menimbul benci pada mereka yang saya sayangi, dan paling penting tidak membuat fitnah pada agama, dan tidak menempah murka Allah.



Ya, itu amanah usia. Mana mungkin kita berguna, andai usia yang Allah kurniakan kita sia-siakan dengan perangai, tingkah laku dan perbuatan yang hanya mendatangkan fitnah pada agama, memburukkan imej Islam yang kita bawa yang hanya membawa kemurkaanNya semata. Islam agama yang indah, Islam mengajar setiap aspek dalam kehidupan dengan tatacara yang cukup sempurna,baik dan tiada celanya, dan itulah yang seharusnya kita perjuangkan selagi diberi nikmat usia, selagi hidup sebagai hambaNya. Usia yang panjang bukan sentiasa membawa kebaikan andai amanahnya tidak kita tunaikan dan nikmatnya tidak kita syukuri dengan amalan baik di sisi Tuhan.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

Sekadar satu perkongsian di hari lahir ini, peringatan untuk diri yang pelupa.
Memetik satu hadis Rasulullah SAW:
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka.

Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan
Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.

Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan?

Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam.

Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulang tulang
rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telahlakukan)- As-Sajadah

Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah!

Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.

Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah!


Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku
berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya?

Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya – (atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka) kecuali kerana hasil tanaman
lidah-lidah mereka.

Hadis riwayat Tirmidzi- hasan sahih

Mungkin aku terlupa,
Sesungguhnya sesuatu perkara itu mudah hanya bagi orang yang Allah mudahkan ke atasnya, agar ia berusaha dan beramal hingga berjaya memasuki syurga, terhindar dari neraka.


Atau mungkin juga aku tidak ingat ketika Rasulullah SAW bersabda :
“Beramallah kamu, maka sesungguhnya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dijadikan baginya”


Dan ayat Allah:
“Maka adapun orang yang member dan berbakti dan mengakui dengan kebaikan, maka Kami kan permudahkan dia ke jalan yang mudah. ” Al-Lail



Pernahkah pula aku amalkan, sedangkan Rasulullah SAW sendiri pernah memohon kemudahan dalam doanya :
“Dan tunjukkan aku dan mudahkanlah petunjuk itu untuk bagiku”

Juga permohonan Ibn Umar dalam doa :
“Ya Allah, Mudahkanlah aku bagi kemudahan, dan jauhkan aku dari kepayahan”

HARAPAN SELAMANYA


Syurga… bagi mereka yang Allah mudahkan jalan ke sana

Ya Allah, bantulah dan mudahkanlah jalan kami menempa redha dan syurgaMu

Dalam ibadah dan amalan,
Mudahkan kami ke mandapat rahmat dan syurgaMu Ya Allah
Agar kami bahagia merasai apa itu ikhlas dan ibadah yang sempurna, tenang dalam jiwa

Dalam belajar dan mengajar
Dalam pergaulan sesama insan
Dalam ukhuwwah dan persahabatan
Dalam percakapan dan pertuturan
Dalam berakhlak, tingkah laku dan berpakaian
Dalam hidup dan nafas kami setiap saat,
Mudahkan jalan kami ke syurgaMu
Supaya hanya Engkau yang Kami sembah,

Hanya agamaMu yang kami perjuangkan, yang kami ikut dan kami pelihara,

Hanya hukumMu yang kami angkat selamanya.

Di saat ini , tiada lain yang aku inginkan... hanya itu...



Mudahkan aku jalan ke syurgaMu, mudahkan mereka di sekelilingku yang aku sayangi, dan mereka di sisiMu yang KauCintai....

Selamat hari lahir , semoga Allah iringi kekuatan dan kesabaran menempuhi dunia yang semakin huru hara, hilang bagaikan tidak bertuhan.

(Mengharapkan hari ini tidak akan berakhir... tapi mustahil...)*sigh*

p/s- terima kasih yang mendoakan dan mengucapkan selamat. Untuk anda saya tujukan lagu "Dengan Nafasmu" dari Ungu. Thanx Tiqah. Semoga setiap nafas kita dalam rahmatNya. Mari bersama tunaikan amanah usia kita.... ameeen

Wallahua'lam


Dengan Nafasmu- Ungu


Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

[**]
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku

[***]


Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu


(kalau nak dengar, cari sendiri...)




10:46 AM

KAWAN&SAHABAT

KAWAN

Ini pengenalan pertama. Giliran teardrop pula berceloteh kali ni.Minta maaf kalau kurang menarik..hee (saya baru lagi,harap dapat beri tunjuk ajar ye)
Sudah lama ishikawa bertanya, ‘bila mau post entry..hehe.sori ye lambat’

Tergerak untuk menaip, sebaik pulang dari program kelmarin.(tapi baru hari ni nak post..haih) Seronok dan puas.
Perkongsian junior dan senior, yang saya rasa gembira kami satu batch dapat kumpul sekali bincang tentang elemen-elemen penting dalam hidup ni. Soal iman dan akademik semuanya berkaitan. Berakhir dengan doa rabithah, terasa hati senang kerana hidup ‘berkeluarga ‘ bersama kawan-kawan.

Ibu, ayah, abang, adik-beradik,atuk nenek (ooh, rindunya nak balik malaysia *homesick*)

Seringkali, mengapa mengenang yang jauh kalau yang di sisi tak dihargai?isk2 *inilah manusia, selalu tak menghargai apa yang ada di sekelilingnya.
Oh kawan-kawan..(mereka lah keluarga ku di sini)

Pergi jami3ah dengan kawan, duduk dalam bas dengan kawan, study kat library dengan kawan, pergi balad ajak kawan teman, bila boring2 pun pergi rumah kawan. Even nak buat program, nak cari ajk pun kita cari kawan yang senang bekerja.

Duduk jauh di bumi orang yang berada di sisi adalah kawan-kawan.Paling dekat, kawan-kawan se-batch.Sebab tu bila buat program batch saya lebih semangat nak pergi@menguruskan berbanding program-program umum. Sebab saya tahu, kawan se-batch senang nak minta tolong, ajak datang program batch pun tak payah nak kena paksa sangat pun. (semangat batch bukan semangat assobiyah ye) Di sekolah menengah dulu, saya rasa kawan banyak membantu untuk ‘boost’ semangat study.Sebab tu kena kawan dengan semua orang.Jangan hidup berkelompok. Berkawan secara keseluruhan. Dan luaskan pengaruh yang baik dalam batch terutamanya. (ini pesanan daripada senior*thanks*).

Di sini, saya tiada kawan baik, tapi ada sahabat. Owh, pentingkah sahabat?
Saya jawab, ya (of course)
Kawan baik dengan sahabat ni nampak sama tapi ada bezanya. Kawan baik, saya rasa cukup lah seorang, tapi sahabat lebih daripada bilangan jari tangan dan kaki pun tak mengapa.
Saya tergerak untuk bercerita tentang seorang sahabat ini. Tak perlu tahu siapa namanya, tapi cukuplah saya belajar untuk menjadi seorang sahabat&kawan seperti dia.

SAHABAT

Sahabat yang bila saya lihat dirinya menyejukkan pandangan, mengingatkan diri pada Tuhan. Selalu beri peringatan dengan bicaranya yang telus dan memberi kesan. Sahabat ini lain.
Saya tahu bezakan orang yang menegur sebab sayang atau menegur sebab ‘menyampah@tak suka’?. Sahabat ini, ringan menghulur bantuan, tak jemu memberi pandangan, bila marah pun saya tak terasa hati sebab saya tahu sebab dia marah kerana sayang. Dia mahukan yang terbaik untuk sahabatnya.

Sahabat ini saya kenal rapat di sini.Bukan di INTEC sewaktu kursus persediaan dulu,bukan di sekolah lama tapi di bumi Irbed.Bumi yang saya jejak untuk mencari ‘mutiara ilmu dan hikmah’. Menyubur harapan keluarga dan ummah. Mencari hakikat diri supaya tidak lemah.Mula-mula datang sini dulu, saya agak ‘blurr’.Saya paling takut saya ‘lost’. Sebab di negara orang, masing-masing kena pandai bawa diri. Hidup berdikari,jauh dari keluarga tiada ‘kawalan’ warden asrama.Tak mustahil untuk hilang fokus dan arah. Dah tahu spesifik kos pengajian apa, bakal tinggal di mana, tapi tiada ‘penunjuk jalan’ yang khusus untuk sama-sama mencapai cita-cita. Hanya di dalam hati berbisik, moga diberi kemudahan dan dikurniakan sahabat yang boleh beriringan mencari arah tujuan.

Penjelasan terperinci tiada, tapi saya tahu saya sayang dia. Bila masuk lecture hall, terus mata mencari kelibat dirinya *nak duduk sebelah dia sebenarnya*. Bila result exam tak berapa ok, saya cari dia. Duduk di sebelahnya, ingin mendengar kata ‘azimat’ pengubat jiwa.

Dulu di INTEC sebelum fly, saya tak pernah kenal sangat dia. Walaupun sekelas! Saya duduk di hujung pintu, dia duduk di hujung tingkap. Saya kejap-kejap keluar masuk kelas ke pejabat koordinator MEP,dia tekun di tempatnya. ( Saya tak tahu exactly dia buat apa, tapi saya tahu dia sedang melakukan sesuatu dengan tekun)

Di sini, kami dipertemukan. Alhamdulillah.

Allah satukan hati kami dengan Al-Quran.
Di kelas al-Quran, saya ‘sejuk’ mendengar alunan suaranya menitip kalam Tuhan.
Benarlah al-Quran itu terlalu agung dan tiada tandingan,kami berkawan dan bersahabat tanpa syarat hanya dengan bertemu pada satu persamaan.

Pagi itu, saya dapat mesej,

“Salam..jemput datang ke program Gema Wahyu jam 8am..jom mulakan hari dengan kalam Ilahi.”

Terima kasih atas ingatan ini sahabat.
Banyak perkongsian hati dan peribadi menjadi perbualan. Saya malas study&hafal quran, saya cari dia lagi. Bila uruskan program pun, saya mesti cari dia bertanyakan idea dan kritikan.
Latest, program batch. Hanya diberi tarikh untuk dilaksanakan daripada pihak berwajib,saya agak buntu. Saya kah kena ‘conduct’? atau kata lain nya menjadi pengarah program (yang tak bertauliah)? Waktu-waktu kritikal menghampiri final exam ramai yang ke’busy’an untuk study. Saya tahu saya akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mencari ‘kaki dan tangan’ sebagai ajk pelaksana. Saya tak nak susahkan orang, jadi saya pilih beberapa orang sahabat yang difikirkan dapat meringankan beban, alhamdulillah dipermudahkan.

Saya tak tahu mengapa, selama seminggu menguruskan teknikal program batch ni, saya tidur tak lena.Tidur pukul 1 pagi bangun 3 pagi. Risau sangatkah?(adakah ini sindrom risau yang melampau?).Kalah orang nak final exam..huhu. Selagi tak ‘settle’ selagi tu saya akan fikir..adoi.. Mungkin, sebab misi melaksanakan amanah batch belum dapat disempurnakan. Misi ‘menyampaikan’ takkan pernah selesai. Agak takut dan kalut sebab menguruskan program satu batch yang bilangannya bukan sedikit. Tapi alhamdulillah, agihan kerja berjalan dengan baik, tak perlukan bilangan ajk pelaksana yang ramai, hanya ‘jiwa-jiwa’ yang ikhlas membantu sudah cukup memastikan segalanya berjalan smoothly. Terima kasih kalian!

DIA KAWAN, DIA SAHABAT

Cadangan untuk adakan tayangan terlintas di saat-saat akhir. Sehari sebelum program! (mana nak cari orang ni..) Saya boleh buat, tapi saya perlu orang bantu sama. Bahan saya ada, tapi nak ada kawan juga.. (patut la dulu abang saya kata, perempuan ni kalau nak pergi tandas pun nak ada kawan..err) Saya tahu nak cari siapa. Dia. Sahabat yang sentiasa ada ruang untuk sahabatnya.
Kami berdua, bersama-sama buat tayangan itu. Habis sahaja ‘group discussion’ pagi itu, misi kami bermula hinggalah ke petang asar. Alhamdulillah, tersenyum puas kami berdua selepas selesai ditayangkan video itu di hari program.
Wah, leganya dapat selesaikan program batch. Waktu kemas-kemas LCD dan laptop, sahabat saya ni turut serta membantu. Satu pandangan, kami tersenyum lagi. Nampak wajahnya berseri-seri kerana dapat melaksanakan ‘misi’ menyampaikan kepada keluarga batch sendiri.
“Aku tak ke mana-mana cuti ni..sedia berkhidmat untuk masyarakat, jom kita fikirkan untuk misi seterusnya!”
Wah, semangatnya dia. Saya perlu belajar untuk sustain semangat macam tu!
saya sangat ingat sahabat saya ni pesan,
“sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain”
Peringatan buat diri sendiri--> saya kena lebih berusaha selepas ini, Ya Allah permudahkan laluan hidup ini menuju redhaMu..ameen

Doa buat 'dia' juga..


P/S: salam imtehan buat akak-akak semua, doa untuk kalian moga dipermudahkan dan diberi najah. InsyaAllah doktor bagi soalan-soalan yang senang dijawab..(hehe) Saya pun ‘seram’juga nak exam nie.Doakan moga segalanya kher.All da best to all!

11:37 AM

Coretan hati...

Lebih kurang sebulan saja lagi, 'Super-senior' (gelaran yang kami gelarkan pada senior tahun 6) akan pulang ke Malaysia. Kata orang..’back for good’. Terasa seperti baru semalam kami ditinggalkan oleh Kak Alia, Kak Dayah dan Kak Safiyah (senior MEP2). Kenangan bersama mereka masih terasa sehingga kini.

Apabila mereka telah pulang ke tanah air, maka siapakah yang akan mengisi kerusi super-senior itu pula? Tentulah batch kami pula, kini sedang berjuang menghabiskan sisa tahun 5 dan bakal melangkah ke tahun 6 pada akhir Jun nanti. Biiznillah...

Melihatkan junior-junior yang berbondong-bondong datang ke bumi Jordan ini, kadang-kadang rasa meriah, ”Wah, makin ramai pula masyarakat Melayu di sini.”.

Tidaklah terasa kesunyian jauh dari keluarga apabila tiba hari raya, apabila ramai pulang ke Malaysia dan sebagainya. Namun adakalanya, sesekali pernah terfikir, makin ramai yang datang, makin susah nak mengawal. Bukanlah kawalan sebagai ibu bapa secara mutlak. Namun mungkin lebih kepada kawalan seorang kakak atau abang terhadap adik-adiknya.

Dahulu semasa mula-mula kami (Batch MEP4) datang ke Jordan, bilangan kami hanyalah seramai 20 lebih saja. Mungkin tidak sukar senior mengawal kami. Yang paling kami ingat, liqa’ awal yang dibuat oleh beberapa senior syabab (Batch Kak Dayah) yang menerangkan tentang cara hidup di sini, pergaulan, pakaian dan sebagainya. Sebagai junior tahun 1 yang sangat mentah ketika itu, kami sangat menghormati nasihat mereka. Sehingga kami mempersoalkan, adakah ada antara kami yang telah melakukan perbuatan-perbuatan salah seperti yang telah disebutkan oleh senior??

Biah pelajar Melayu di bumi Irbid ketika itu tidak ubah seperti suasana di KISAS -Suasana suatu ketika dahulu yang pernah saya lalui, saya tensi dengannya, walaubagaimanapun yang saya rindui kini. Senior dan junior bertegur sapa mesra, bersalam dan bertanya khabar. Tiada pernah kelihatan lelaki dan perempuan berjalan bersama bersaja-saja, pakaian ke jamiah semuanya kemas dan menutup aurat (dalam erti kata lain – berbaju dan berseluar yang longgar, berjubah, berbaju kurung atau berblaus labuh ke peha.)

Kadang-kadang saya rasa, kami begitu terdidik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh senior ketika itu untuk seterusnya kami sendiri kuat untuk mengaplikasikannya. (Bukan niat nak mengangkat batch sendiri. Namun this is the truth berdasarkan pengalaman.)

Realiti Irbid hari ini, kita lihat bermacam-macam kerenah manusia (pelajar melayu) kerana bilangan pelajar untuk satu batch bukan lagi 10-20 orang, malah mencecah 3 angka. Dengan bertambahnya bilangan, bukan setakat bajet untuk program juga bertambah, malahan kemeriahan, kehebatan di KARISMA dan ’masalah’ juga bertambah..

Kini sudah terdengar, masalah ’ikhtilat yang salah’ kini semakin berleluasa. Berjalan lelaki dan perempuan berbual bersama jadi biasa. Ala-ala macam di universiti di Malaysia kan? Pakaian pun sudah pelbagai. Saya memang tidak rigid apabila berbicara tentang pakaian. Malah saya hampir bertegang leher dengan rakan lelaki arab yang menyalahkan rakan-rakan kami yang memakai seluar! Kata mereka, wanita yang sememangnya berjubah atau berbaju kurung – aib jika tiba-tiba mereka memakai seluar. Dan jawab saya, it doesn’t matter kalau awak nak pakai seluar pun. The rule is - aurat tetap aurat, as long as you cover the aurat - Longgarkan bahagian yang sepatutnya longgar, tutup semua yang sepatutnya, jari kaki dan lengan. Settle. Susah?? Siapa kata susah??

Susah ke adik-adikku, nak pakai stokin? Susah ke nak cari baju yang longgar dan labuh sedikit sehingga tidak kelihatan bentuk badan? (T_T)

Hati saya merintih lagi.. Mungkin inilah silap kami kerana menjadi senior yang terlalu sibuk dengan pelajaran kami,terlalu sibuk dengan aktiviti lain kami, sehingga kami rasa lemah dan tidak berdaya mempertahankan biah solehah yang pernah kami kecapi semasa menjadi junior dahulu.

Saya berfikir lagi, adakah mahu terus dibiarkan biah di Irbid yang dahulunya saya kira sangat solehah, bakal menjadi biah yang tidak ada bezanya dengan biah sosial universiti di Malaysia, atau di UK?

Jangan nak tunggu jadi senior baru nak berubah, kerana apabila dah jadi senior, adik-adik sendiri akan rasa seolah ada ’ego’ sendiri yang sukar untuk menerima pandangan orang. Saya sendiri akui, kalau diikutkan nafsu jahat, memang boleh saja kita mengenepikan pandangan orang lain, dan terus 'perasan' yang diri sendiri lebih bagus. Tetapi, apabila berfikir menggunakan otak yang rasional dan dipimpin dengan hidayah dari Allah, barulah kita boleh menenangkan diri, menerima teguran dan nasihat walaupun dari junior. Manusia – tiada yang sempurna. Ingat!

Ambillah yang difikirkan baik dari coretan hati saya ini. Saya harapkan idea dan coretan ini, bukanlah datang dari nafsu amarah dan sedih saya semata, bukan juga coretan untuk menampakkan salah junior saja. Sebaliknya semoga ia ilham dari Allah beserta cita-cita kami yang ingin melihat biah solehah kembali subur di bumi Irbid ini sebelum kami pula pulang tahun hadapan dan teraplikasi untuk semua - senior dan junior. (Irbid bukan bumi waqafan :p)
Kawan-kawan sebatch,
Mungkin kita kena kerja lebih kuat tahun hadapan. Bukan setakat belajar kerana berada di tahun akhir, namun kerja dakwah fardiah kita. Dakwah untuk mengembalikan keizzahan hidup dengan peraturan Allah.

Umat Islam yang kuat adalah mereka yang berpegang erat pada ajaran Allah. Jika perkara yang mudah terasa sukar untuk kita laksanakan, lama manakah masa yang diperlukan untuk kita bersedia untuk memegang khilafah???